[ber.bual] | بربوال
Definisi : 1. = membual memancar keluar (air drpd mata air dll), menggelegak, meruap: di tempat itu kadang-kadang tampak minyak yg membual dr dlm tanah; 2. bercakap-cakap (mengenai pelbagai perkara), berborak, beromong-omong: kalau sudah asyik ~, lupa ia akan waktu; ~ kosong bercakap-cakap (berbual-bual) tentang pelbagai perkara yg tidak penting, beromong-omong kosong; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[ber.bual] | بربوال
Definisi : bercakap-cakap dgn tidak tentu perkaranya; berborak: Zaim dan Mazli kelihatan sedang ~ dgn rancaknya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)