Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ce.ri.ta] | برچريتا

Definisi : mengisahkan sesuatu cerita, bercakap, berbual: mereka asyik ~ tentang hal-hal yg aku tidak mengerti; ~ panjang ki menyatakan isi hati; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ce.ri.ta] | برچريتا

Definisi : menuturkan sesuatu cerita: Ketika guru ~, murid-murid semuanya diam. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bercerita


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
panoramic methodkaedah panoramaKesusasteraanTiadaKaedah bercerita yang memaparkan suasana sesuatu tempat atau peristiwa secara ringkas dan umum.Pengarang biasanya menggunakan kaedah ini dari perspektif yang luas. Kaedah bercerita tidak memerlukan perincian yang teliti tentang sesuatu hal yang diceritakan itu. Kaedah ini membolehkan pengarang berubah dari satu latar atau peristiwa lain secara cepat. Biasanya, pengarang yang menggunakan kaedah ini akan menulis karya berasaskan sudut pandangan serba tahu. Novel Saudagar Besar dari Kuala Lumpur karya Keris Mas banyak menggunakan kaedah panorama. Latar kampung atau suasana kehidupan bandar dalam novel tersebut hanya diberikan gambaran secara umum dan luas. Lihat juga sudut pandangan serba tahu.
narrative contractkontrak naratifKesusasteraanTiadaBentuk perjanjian atau persetujuan secara bersama antara pencerita dengan audiensnya. Dengan perjanjian atau persetujuan ini, pencerita akan bercerita dan audiens dapat mendengar cerita itu. Pada tahap yang paling asas, kontrak naratif boleh wujud melalui kata-kata seorang ibu kepada anaknya, �Saya akan bercerita seandainya awak bersedia menerima nasihat saya�. Pada tahap yang lebih kompleks, kontrak naratif juga berkaitan dengan norma budaya yang hidup dalam masyarakat. Seorang pencerita tidak boleh bercerita dengan sebebas-bebasnya kerana dia harus terikat dengan tuntutan konvensi pemikiran atau sosiobudaya audiens dalam masyarakatnya.
narrative formbentuk berceritaEkonomiTiadaTiada
dance dramadrama tariKesenianTiadaTarian bercerita latar.
dalangdalangKesusasteraanTiadaOrang yang berperanan sebagai sutradara, pelaku yang mengucapkan dialog, bercerita, menyanyi seperti yang terdapat dalam pertunjukan-pertunjukan tradisional. Contoh: dalang dalam pagelaran wayang kulit.
catch talescerita olok-olokKesusasteraanTiadaCerita-cerita mudah yang direka sekadar untuk bercerita tanpa sebarang tujuan. Contoh: cerita-cerita yang diceritakan oleh nenek sewaktu menidurkan cucu-cucunya.
narrationrawiKesenianDrama dan TeaterKaedah menceritakan semula sesuatu peristiwa. Kaedah ini boleh disampaikan dengan cara bercerita, meratib atau mengarut.
atheterenbatilKesusasteraanTiadaAlat seperti tempurung, perak, tembaga dll. Contoh : alat yang digunakan oleh Awang Batil sewaktu bercerita.
non-focalizationbukan fokalisasiKesusasteraanTiadaSudut pandangan dalam karya sastera yang tidak dapat dikesan secara sistematik atau tidak dapat ditentukan dengan tepat. Sudut pandangan ini mempunyai hubung kait dengan pengarang serta tahu, iaitu pengarang bebas bercerita dan mengetahui segala-galanya tentang cerita. Sudut pandangan bukan fokalisasi biasanya terdapat dalam naratif tradisional. Lihat juga serba tahun neutral, serba tahu terbatas.
main peterimain peteriKesenianDrama dan TeaterTeater ritual yang dipersembahkan untuk pengubatan berkaitan dengan ‘angin’, dikenali juga sebagai main teri. Seni persembahan teater tradisi ini popular di Kelantan. Main peteri mengandungi unsur tarian, nyanyian, lakonan bercerita dan lawak jenaka yang menggunakan perantaraan watak Tuk Peteri dengan Tuk Minduk serta iringan panjak sebagai pemuzik.
12

Kembali ke atas