Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.dé.rét] | برديريت

Definisi : 1. berbaris (yg satu di belakang atau di samping yg lain): Paduka Liku duduk ~ dgn Mahadewi; kanak-kanak sekolah berdiri ~ di sepanjang jalan raya itu; 2. = berderet-deret, berderetan berbaris (berjajar) pan­jang-panjang beruntun-runtun: mangsa ke­bakaran semalam, ~ berjalan ke tempat tumpangan mereka; 3. bp banyak (anak): dia mengaku dirinya masih bujang, tetapi anaknya ~ di rumah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.dé.rét] | برديريت

Definisi : 1 berbaris yg satu di belakang atau di samping yg lain: Penonton berdiri ~ di tepi pagar. 2 = berderet-deret merupakan deret yg panjang; berbaris-baris; berangkai-rangkai. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berderet


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
in seriesberderetFizikTiadaTiada
ukir dejai(Ib.)ukir dejai(Ib.)KesenianTiadaUkiran secorak yang berderet tetapi tidak berantaian.
linkhouserumah teresKesenianSeni BinaRumah yang dibina bercantum dan berderet melebihi dua unit. Rumah teres boleh terdiri daripada satu, dua atau tiga tingkat yang dipisahkan antara satu sama lain oleh dinding pelindung kebakaran. Sinonim rumah berangkai.
capping beamrasuk penutupKesenianSeni BinaRasuk pada bahagian kepala cerucuk yang bertujuan untuk memindahkan beban dari tiang atau dinding rapat ke dalam deretan cerucuk. Ia menetapkan kedudukan rasuk supaya berperanan sama seperti tetopi cerucuk. Perbezaannya dengan tetopi cerucuk ialah rasuk penutup digunakan untuk menutup cerucuk yang berderet, sementara tetopi cerucuk digunakan untuk cerucuk berkumpulan.
chevron (decoration)pucuk rebung (corak)ArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiUkiran pada tembikar, rumah tradisi masyarakat Melayu dan tenunan kain di Malaysia dan di Nusantara. Ukiran ini dikenali juga dengan nama bawal (gayo) di Acheh, tumpal di Jawa dan pucuak di Minangkabau. Ukiran ini berbentuk segi yang mengambil bentuk rebung buluh yang dikaitkan dengan unsur kekuasaan dan kesuburan. Corak pucuk rebung ini berbentuk segi tiga dan berkaki yang disusun secara berderet, kadangkala segi tiga itu digabungkan dengan unsur-unsur bunga dan putik buah. Contohnya, pada rumah tradisi masyarakat Melayu, ukiran pucuk rebung sering dipasang papa papan cucuran atap dan muka tebar layar.

Kembali ke atas