emotional reaction | reaksi beremosi | Kesenian | Tiada | Tiada |
prejudice | prejudis | Psikologi | Psikologi Umum | Sikap beremosi yang negatif terhadap ahli suatu kelompok sosial tertentu. Sikap ini boleh berlaku dalam organisasi seperti jabatan keselamatan, pelajaran atau institusi kerajaan lain. Banyak konsep telah digunakan dalam menjelaskan prejudis. Contohnya, rasisme dikatakan berlaku apabila prejudis melibatkan etnik, seksisme melibatkan gender dan sebagainya. |
espressione | espressione | Muzik | Tiada | Arahan kepada pemuzik supaya bermain dengan beremosi dan berperasaan. Espressione biasanya ditulis dengan singkatan espress atau espr. Contohnya, con espressione yang bermaksud dengan perasaan. Sinonim espressivo. |
icing technique | teknik pengindahan | Komunikasi | Tiada | Teknik pemujukan yang dilakukan terhadap khalayak dengan cara menyampaikan perutusan yang beremosi sehingga menarik perhatian khalayak walaupun kandungannya tidak menyenangkan penerima. |
overgeneralization | terlebih generalisasi | Psikologi | Psikologi Umum | Penggunaan sesuatu perkataan yang merangkumi perkara yang terlalu banyak. Menurut Ellis yang mempelopori terapi tingkah laku emosi rasional menyatakan bahawa individu yang berada dalam keadaan beremosi dan marah akan berkecenderungan untuk membuat generalisasi secara berlebihan. Mereka mungkin menjangka atau membuat anggapan bahawa seseorang amat buruk sifatnya dengan hanya melakukan satu kesalahan sahaja. Contohnya, seorang lelaki yang gagal memiliki gadis idamannya akan merasakan dirinya dibenci oleh semua orang dan menghadapi masa hadapan yang gelap. |
gesangvoll | gesangvoll | Muzik | Tiada | Gaya nyanyian secara beremosi dan penuh perasaan. |
Empfindsamkeit | Empfindsamkeit | Muzik | Tiada | Gaya muzik Jerman Utara pada pertengahan abad ke-18. Empfindsamkeit wujud serentak dengan style galant dan rococo. Ciri utama muzik Empfindsamkeit ialah gaya sensitif, sentimental dan sungguh beremosi. Gaya muzik ini mcngutamakan ekspresi muzik yang berlebih-lebihan, antaranya melalui harmoni kromat, appogiatura, dinamik, kekerapan perubahan tempo dan ton hiasan. Contohnya, gerakan poco adagio dalam Sonata A major, H. 186, Wq, 55/4 (1765) oleh CPE Bach. Sinonim Empfindsamer Stil. |