Salmon run | renang Salmon (Polo Air) | Sukan | Tiada | Cara berenang seperti ikan Salmon, di mana perenang berenang dengan badan terlungkup, kedua kaki melakukan gerakan yang sama juga kedua lengannya, pada sukan renang. |
fish shoal | kawanan sekata | Perikanan | Tiada | Kelompok ikan pelagik yang berenang secara berkumpulan dalam jarak yang sekata. Kelompok ikan ini berenang mengikut spesies, sama ada dalam kumpulan besar atau kumpulan kecil. |
fish school | kawanan ikan | Perikanan | Tiada | Kelompok ikan pelagik yang berenang secara berkumpulan dalam jarak yang tidak sekata. Kelompok ikan ini berenang mengikut spesies, sama ada dalam kumpulan besar atau kumpulan kecil. |
great barracuda | alu-alu | Perikanan | Tiada | Sejenis ikan pelagik daripada famili Sphyraenidae, genus Sphyraena yang berhabitat di dalam air masin. Ikan alu-alu dewasa gemar berenang dalam kumpulan yang besar di kawasan terumbu laut, manakala yang bersaiz kecil pula gemar berenang di kawasan pantai, dan memasuki sungai serta lagun. Ikan ini daripada jenis pemangsa yang memakan sotong dan ikan kecil. Ikan ini sangat agresif dan dikategorikan sebagai ikan rekreasi. Masa terbaik untuk memancing ikan ini ialah pada musim bertelur di kawasan muara sungai kerana ikan alu-alu akan menuju ke kawasan tersebut untuk bertelur dan makan dalam jumlah yang lebih banyak daripada biasa. Sinonim kacang-kacang. |
blue trevally | demuduk biru | Perikanan | Tiada | Sejenis ikan separa pelagik daripada famili Carangidae, spesies Caranx ferdau yang hidup di kawasan laut dalam yang berterumbu karang. Ikan demuduk biru bersaiz besar biasanya berenang bersendirian, manakala ikan yang bersaiz kecil berenang secara berkumpulan. Ikan ini ditangkap dengan menggunakan rawai serta pancing dan dikelaskan sebagai ikan rekreasi. |
island mackerel | kembung lampai | Perikanan | Tiada | Sejenis ikan pelagik daripada famili Scombridae, spesies Rastrelliger faughni, yang mempunyai tabiat gemar berenang dalam kumpulan yang kecil. Ikan ini mempunyai badan yang lampai, berwarna kehijau-hijauan dan berjalur kelabu. Makanan utama ikan kembung lampai ialah plankton yang dimakan dengan cara menapisnya melalui insang dalam keadaan berenang melawan arus. Ikan ini ditangkap menggunakan pukat jerut, pukat hanyut atau pukat tunda bukaan tinggi, selain joran. |
freestyle relay | berenang gaya bebas berganti-ganti | Pendidikan | Tiada | Tiada |
pool swimming | kolam berenang | Pendidikan | Tiada | Tiada |
feathering (swimming) | merewang (berenang) | Pendidikan | Tiada | Tiada |
screw kick (swimming) | tendang sengkang (berenang) | Pendidikan | Tiada | Tiada |