Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.é.ti.ka] | برايتيکا

Definisi : mempunyai atau berpegang kpd etika, berakhlak, bermoral: amalan yg tidak ~ itu perlu dihentikan segera. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.é.ti.ka] | برايتيکا

Definisi : mempunyai etika atau berpegang pd etika: Amalan yg tidak ~ itu mesti dihentikan segera. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata beretika


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
ethical behaviourtingkah laku beretikaPengurusanPerancanganTindakan oleh setiap ahli organisasi yang bertepatan dengan kehendak dan pemikiran masyarakat setempat. Tingkah laku beretika lazimnya berkenaan dengan urus niaga yang baik dan mampu menunjukkan amalan perniagaan yang bermoral termasuk amanah, keadilan, memelihara maruah, menghormati kepelbagaian dan hak setiap individu. Amalan ini juga seharusnya tidak bercanggah dengan sebarang peraturan dan undang-undang serta menjadi asas kepada budaya dan nilai yang dipegang oleh sesebuah organisasi. Contoh tingkah laku beretika ialah sikap telus dan penerangan secara terperinci oleh institusi perbankan yang memberikan pinjaman kepada para peminjam supaya mereka memahami setiap klausa perjanjian dengan jelas dan terhindar daripada unsur-unsur penipuan. Lihat juga tanggungjawab etika.
business ethicetika perniagaanPengurusanPerancanganSuatu pertimbangan prinsip moral oleh pengurus atau peniaga dalam pembuatan keputusan yang berkaitan dengan urusan perniagaan, yang membimbing perlakuan seseorang untuk membezakan antara tingkah laku beretika dengan tingkah laku tidak beretika. Etika perniagaan berkaitan dengan pertimbangan antara tanggungjawab sosial berbanding dengan matlamat keuntungan semata-mata. Tindakan ini melibatkan perlakuan individu dan juga organisasi perniagaan. Contohnya, pengusaha mengambil keputusan untuk tidak menjual produk kesihatan yang memberikan kesan negatif kepada pengguna walaupun boleh mengaut keuntungan dalam jangka pendek. Lihat juga tingkah laku beretika.
ethicalberetikaPendidikanTiadaTingkah laku atau tindakan yang mematuhi tatasusila.
ethical hackerpenggodam beretikaTeknologi Maklumat dan KomunikasiTiadaSeseorang yang menceroboh ke dalam rangkaian komputer untuk menguji atau menilai keselamatan rangkaian, dan bukannya dengan tujuan jahat atau jenayah.
ethical behaviourtingkah laku beretikaPentadbiranPengurusan-
ethical decision makingpembuatan keputusan beretikaKejururawatanTiadaPertimbangan berdasarkan prinsip nilai dan moral yang mengawal piawaian perilaku.
digital ethicsetika digitalTeknologi Maklumat dan KomunikasiTiadaKajian yang berkaitan dengan menguruskan diri secara beretika, profesional dan secara klinikal menerusi media dalam talian serta digital.
reputation or image managementpengurusan citra atau reputasiKomunikasiKorporatProses perancangan dan pelaksanaan dasar, prosedur, dan strategi yang menggambarkan penglibatan organisasi terhadap tanggungjawab awam dan tanggungjawab sosial, perlakuan beretika, identiti korporat, citra korporat, dan reputasi organisasi dengan khalayak dalaman atau luaran. Proses ini dirancang dan dilaksanakan melalui amalan komunikasi korporat, seperti perhubungan media, perhubungan kemasyarakatan, pengiklanan korporat, perhubungan pekerja, pengurusan isu, pengurusan krisis, dan penjenamaan. Matlamat utama pengurusan citra atau reputasi adalah untuk mewujudkan rasa hormat khalayak terhadap organisasi dan seterusnya mengekalkan kesetiaan khalayak untuk menyokong barangan atau perkhidmatan yang disediakan oleh organisasi.
ghabn fahishkerugian besarPerniagaan IslamTiadaKerugian apabila jual beli barangan dibuat dengan harga yang tidak wajar berdasarkan penilaian pakar atau pasaran. Jual beli ini sah kerana sempurna rukunnya, tetapi tidak beretika disebabkan terdapat unsur penindasan. Contohnya, harga produk RM100 telah dijual beli dengan harga RM500. Urus niaga ini sah kecuali apabila melibatkan harta anak yatim, wakaf atau Baitulmal. Sinonim fahish.
code of ethickod etikaPengurusanPerancanganSuatu garis panduan lazimnya secara bertulis, yang ditetapkan oleh pengurusan organisasi sebagai rujukan untuk pekerja melaksanakan tindakan dan menunjukkan perilaku yang berlandaskan nilai baik dan beretika. Tujuan kod etika digariskan adalah untuk memelihara imej baik organisasi dari sudut pemerhatian pelanggan dan pihak berkepentingan. Kod etika yang berbeza antara organisasi bergantung pada visi dan misi serta budaya yang ingin diterapkan. Garis panduan kod etika juga diguna pakai dalam perlakuan profesional sesuatu bidang tugas seperti kewartawanan, perundangan dan kedoktoran. Contoh kod etika bagi pengamal perubatan adalah mengutamakan kepentingan dan keselamatan pesakit berbanding dengan kepentingan peribadi atau keuntungan semata-mata. Lihat juga tanggungjawab etika.
12

Kembali ke atas