law of multiple proportions | hukum perkadaran berganda | Kimia | Tiada | Hukum yang menyatakan bahawa jika dua unsur, A dan B, boleh bergabung dengan lebih daripada satu cara, jisim A yang bergabung dengan jisim B yang tetap secara berasingan, berda dalam nisbah ringkas. Misalnya, karbon dan oksigen bergabung dengan dua cara, iaitu 12 g karbon bergabung dengan 16 g oksigen membentuk karbon monoksida, Co, dan 12 g karbon bergabung dengan 32 g oksigen membentuk karbon dioksida, CO2. Oleh itu, jisim oksigen bergabung dengan jisim tetap karbon dalam nisbah 16:32, iaitu 1:2. |
law of reciprocal propoetions | hukum perkadaran salingan | Kimia | Tiada | Hukum yang menyatakan bahawa apabila dua unsur A dan B dapat bergabung dengan unsur yang ketiga secara berasingan, iaitu C, maka jisim A dan B yang bergabung secara berasingan dengan jisim tetap C merupakan jisim apabila A dan B akan bergabung antara satu sama lain. Misalnya oksigen dan hidrogen masing-masing membentuk sebatian dengan karbon. Dalam metana, CH4, 12 g karbon bergabung dengan 4g hidrogen, manakala dalam karbon dioksida, CO2, 12 g karbon bergabung dengan 32 g oksigen. Maka 4 g hidrogen akan bergabung dengan 32 g oksigen, iaitu dalam nisbah 4:32 atau 2:16, seperti dalam H2O. |
affiliated library | perpustakaan bergabung | Perpustakaan | Tiada | Perpustakaan yang bergabung menjadi sebahagian daripada sistem perpustakaan lain tetapi tidak ditadbir sebagai sebahagian daripada sistem itu sebaliknya mempunyai Lembaga Pengurusannya sendiri. |
corporate author | pengarang bergabung | Perpustakaan | Tiada | Dua atau lebih penulis yang bergabung untuk menghasilkan karya bersama. |
equivalent proportion | perkadaran setara | Kimia | Tiada | Hukum yang menyatakan bahawa apabila dua unsur A dan B bergabung dengan unsur lain, katakan C, secara berasingan, jisim A dan B yang bergabung dengan jisim tetap C merupakan jisim apabila A dan B bergabung antara satu sama lain. |
adenin | adenina | Veterinar | Tiada | Bes purina yang bergabung dengan timina untuk menjadi sebahagian daripada kod genetik dan gen dalam DNA. Bes ini bergabung dengan urasil dalam RNA dan merupakan sebahagian daripada molekul NADP, FAD dan adenosina. |
adenine | adenina | Bioteknologi | Tiada | Bes purina yang bergabung dengan timina untuk menjadi sebahagian daripada kod genetik dan gen dalam DNA. Bes ini bergabung dengan urasil dalam RNA, dan merupakan sebahagian daripada molekul NADP, FAD, dan adenosina. |
polymerization | pempolimeran | Kejuruteraan | Polimer | Tindak balas kimia yang melibatkan molekul kecil seperti monomer bergabung membentuk polimer. Dua jenis pempolimeran utama: pempolimeran penambahan yang monomer tak tepu bergabung tanpa menghasilkan produk sampingan, dan pempolimeran pemeluwapan yang bahan tindak balas bertindak balas membentuk polimer dan bahan sampingan molekul kecil seperti air. |
valence | valens | Fizik | Atom dan Nuklear | Kebolehan suatu atom untuk bergabung dengan atom atau molekul lain dan ditentukan sebagai bilangan atom hidrogen atau dua kali bilangan atom oksigen yang boleh bergabung dengan atom sesuatu unsur. Contohnya, nitrogen mempunyai valens 3, 2, 4 dan 5 dalam sebatian NH3, NO, NO2, N2O5. |
base | bes | Perubatan | Tiada | 1. Bahan yang bergabung dengan asid untuk menghasilkan garam. 2. Juzuk utama sesuatu campuran. Apabila tercerai, juzuk ini mengeluarkan ion hidroksil di dalam larutan akua. Molekul atau ionnya dapat bergabung dengan proton (ion hidrogen) dan berupaya untuk mendermakan sepasang elektron kepada asid untuk membentuk koordinat ikatan kovalen. |