contact point | titik sentuh | Pergigian | Tiada | Kawasan kecil proksimal gigi yang bersentuhan dengan gigi bersebelahan dan penting untuk mengelakkan gigi daripada berganjak. Kawasan ini menjadi luas apabila restorasi dibuat atau gigi berganjak. Biasanya karies akan bermula di titik sentuh disebabkan makanan terimpak di kawasan ini. |
contact area | kawasan sentuh | Pergigian | Tiada | Kawasan proksimal gigi yang bersentuhan dengan gigi bersebelahan. Sentuhan ini penting bagi mengelakkan gigi berganjak dan menghalang makanan daripada masuk ke celah gigi. Kebiasaannya kawasan sentuhan antara gigi merupakan satu kawasan kecil yang dikenali sebagai titik sentuh. Apabila restorasi dibuat atau gigi berganjak, titik sentuh ini akan menjadi luas. Lihat juga titik sentuh. |
shifting plan | rancangan berganjak | Perubatan | Tiada | Tiada |
dropped letters | huruf gugur | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Huruf atau angka yang mengalami perubahan semasa pencetakan sama ada hilang atau berganjak dari kedudukan yang sepatutnya. |
dead load | beban mati | Kejuruteraan | Tiada | 1. Beban yang tegasannya stabil dan tidak berubah.,2. Berat struktur dan beban-beban tetap yang tidak berganjak pada sesebuah bangunan. |
delusion | delusi | Perubatan | Tiada | Kepercayaan peribadi yang salah dan yang berasaskan tanggapan yang silap tentang keadaan sebenar. Individu yang mengalami keadaan ini tidak berganjak daripada pegangannya walaupun kepercayaannya dapat dibuktikan salah. Keadaan ini biasanya dialami oleh pesakit mental, misalnya pesakit skizofrenia dan paranoia. Takrifan ini tidak berkaitan pun dengan kepercayaan agama. |
dead load | beban mati | Kesenian | Seni Bina | 1. Beban yang tegasannya stabil dan tidak berubah. 2. Berat struktur dan beban-beban tetap yang tidak berganjak pada sesebuah bangunan, seperti lantai, bumbung, tiang dan sebagainya. |
ordinary gear train | rangkaian gear biasa | Kejuruteraan | Kejuruteraan Mekanik | Susunan beberapa gear yang saling berkait antara satu sama lain dengan semua paksi tetap yang berada dalam keadaan yang tidak berganjak relatif terhadap kerangka. Rangkaian gear biasa boleh digunakan dalam mesin larik dan unit pacuan mesin tambahan pada kenderaan berat. |
program counter | pembilang atur cara | Teknologi Maklumat | Perisian | Salah satu daftar status dalam unit pemproses pusat (UPP). Daftar ini mengambil alamat bait pertama suatu arahan untuk suatu pelaksanaan, dan seterusnya berganjak ke alamat berikutnya dengan menokok pembilang atur cara satu demi satu untuk melaksanakan arahan seterusnya. |