immobilization | larang-gerak | Perubatan | Tiada | Larang-gerak: Kaedah atau perbuatan menjadikan bahagian badan yang biasanya bergerak, tidak bergerak. Tujuannya untuk rawatan penyakit. |
dead water | air mati | Biologi | Ekologi | Air yang bergerak perlahan atau tidak bergerak langsung. Air jenis ini sering kekurangan oksigen. Misalnya, lopak, sinonim air pegun. |
M-JPEG (motion JPEG) | M-JPEG (JPEG bergerak) | Teknologi Maklumat | Tiada | Imej bergerak yang dibina dengan menyimpan setiap kerangka jujukan gambar bergerak dalam format pemampatan JPEG. Imej rangka pegun kemudian dinyahmampat dan dipapar secara cepat dan akan membentuk pergerakan pada skrin. |
rest energy | tenaga rehat | Kejuruteraan | Tiada | Tenaga sesuatu zarah di dalam sesuatu sistem yang zarah ini tidak bergerak atau hanya bergerak dengan halaju rendah berbanding dengan halaju cahaya. |
rest mass energy | tenaga jisim rehat | Kejuruteraan | Tiada | Tenaga sesuatu zarah di dalam sesuatu sistem yang zarah ini tidak bergerak atau hanya bergerak dengan halaju berbanding dengan halaju cahaya. |
bearing | galas | Kejuruteraan | Kejuruteraan Mekanik | Alat yang menyokong dan memegang komponen pada kedudukan yang betul di samping mengurangkan geseran antara bahagian bergerak dengan bahagian tidak bergerak. Alat ini terbentuk daripada pelari dalam, bebola dan sangkar. Contohnya, galas dalam roda kenderaan. |
passing shot | tangkap imbas | Komunikasi | Tiada | Tangkapan yang dilakukan untuk merakam objek secara sepintas lalu. Tangkapan ini boleh diperoleh dengan dua cara iaitu merakamkan objek yang melintasi kamera semasa kamera tidak bergerak dan merakamkan objek yang tidak bergerak semasa kamera bergerak. |
mobile sources | sumber bergerak | Kejuruteraan | Tiada | Sumber pencemaran yang boleh bergerak dari satu tempat ke tempat lain. Lazimnya merujuk kepada sumber daripada pengangkutan. |
running light | lampu cahaya bergerak | Sosiologi | Tiada | Lampu cahaya bergerak: Lampu yang disusun berderetan menyala dan padam mengikut urutan tertentu, contohnya lampu hias di rumah. |
weighted moving average | purata bergerak berwajaran | Pentadbiran | Tiada | Kaedah peramalan purata bergerak yang menggunakan wajaran berbeza bagi nilai-nilai yang lampau. |