Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.go.lé/] | برݢوليق

Definisi : 1. berguling, bergerak berpusing(bola, guli, dll); 2. berbaring; ~-gelantang berbaring-baring; yg bulat datang ~, yg pipih datang melayang prb keuntungan (kemewahan dll) datang drpd berbagai-bagai punca; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.go.lé/] | برݢوليق

Definisi : 1 bergerak berpusing (ttg benda-benda bulat); berguling: Bola yg ditendangnya itu ~ masuk ke dlm gol. 2 berbaring. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bergolek

Puisi
 

Hendak berembun pergi ke pulau,
     Datang ke pulau pergi ke tanjung;
Lagilah hidup kita bergurau,
     Sudahlah mati bergolek seorang.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Batu yang selalu bergolek di dalam sungai itu tiada dihinggapi lumut.

Bermaksud :

Orang yang mahir dalam undang-undang, biasanya jarang terkena tipu.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
rolledbergolekSukanTiadaTiada
wobblerbol goyahSukanTiadaBol yang bergolek dalam keadaan tidak stabil.
square drivepukulan leretSukanTiadaPukulan yang menyebabkan bola bergolek menghala ke arah sisi.
blockblokPerhutananTiadaBungkah kayu atau logam yang digunakan untuk menyendal balak daripada bergolek dari atas lori semasa proses mengangkut. takal
blockblokPerhutananPengurusan HutanBungkah kayu atau logam yang digunakan untuk menyendal balak daripada bergolek dari atas lori semasa proses mengangkut. takal

Kembali ke atas