rolling | berguling | Fizik | Mekanik | Gabungan gerakan translasi dan putaran yang sedemikian rupa sehinggakan titik sentuhan di antara jasad yang berguling dan permukaan berada dalam keadaan diam. |
rolling load | beban berguling | Kejuruteraan | Tiada | Beban terpumpun atau teragih yang bergerak menyusur struktur, seperti kereta yang lalu di atas jambatan. Sinonim: beban bergerak. |
rolling picture | gambar berguling | Kejuruteraan | Tiada | Tiada |
rolling load location parameter | parameter kedudukan beban berguling | Kejuruteraan | Tiada | Tiada |
rolling friction | geseran guling | Fizik | Mekanik | Daya geseran yang menentang pergerakan jasad yang berguling di atas suatu permukaan. |
cycloid | sikloid | Mekanik | Gunaan | Lengkung yang mewakili londar sesuatu titik pada bulatan yang berguling tanpa menggelangsar [Rajah S4]. Lengkung ini memainkan peranan penting dalam analisis kinematik gerakan guling, erutamanya dalam analisis bentuk sesondol. Lihat juga gerakan guling, sesondol. SILA RUJUK RAJAH DI M/S 177 RAJAH S4 |
conditions of constraint | syarat kekangan | Mekanik | Gunaan | Batasan yang terlibat dengan gerakan jasad. Misalnya, jika sebuah roda berguling di atas permukaan mengufuk, pusatnya terkekang untuk bergerak pada suatu garis mengufuk. Ia juga dinamai keperluan kinematik. |
retrograde precession | liukan songsang | Mekanik | Gunaan | Putaran Jasad tegar di ruang yang boleh diwakili oleh kerucut jasad yang berguling pada kerucut ruang yang tetap, dengan sentuhan berlaku dalam keadaan kerucut jasad berada di dalam kerucut ruang ataupun kerucut ruang berada di dalam kerucut jasad. Liukan songsang berlaku dalam keadaan momen sifatekun I0 di sekitar paksi mejam lebih rendah daripada momen sifatekun I di sekitar paksi-paksi yang serejang dengan paksi mejam, iaitu I0< I. Dalam keadaan liukan songsang, halaju egah dan hajalu mejam mempunyai tanda yang berlawanan. Lihat juga liukan. |
direct precession | liukan langsung | Mekanik | Gunaan | Putaran jasad tegar di ruang yang dapat diwakilkan dengan kerucut jasad yang berguling pada kerucut ruang yang tetap, dengan sentuhan berlaku pada permukaan luar kedua-dua kerucut yang berkenaan. Liukan langsung berlaku ddalam keadaan momen sifatekun Io di sekitar paksi mejam lebih tinggi nilainya daripada nilai momen sifatekun I di sekitar dua paksi yang serejang dengan paksi mejam, iaitu Io> I. Dalam keadaan liukan langsung, sudut di antara vektor halaju sudut dari paksi mejam lebih kecil daripada sudut mejam. |
roller support | sokong guling | Kejuruteraan | Tiada | Sokong yang menerbitkan daya pengekang tetapi tidak mampu menerbitkan momen pengekang, dan akan berguling pada permukaan sokong di bawah tindakan sistem daya umum. |