Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[beria/] | برياق

Definisi : , beriak-riak, meriak 1. bergerak-gerak mengombak (air, udara), berkocak-kocak (air): hatinya tidak berkocak sedikit pun menerima hukuman itu, ia tenang, se­tenang air danau yg tidak ~; udara yg tenang mulai bergetar-getar, beriak-riak, silau mata memandangnya; hanya sececah meriak, tatkala mendengar berita itu hanya sebentar geletar hatinya ketika mendengar berita itu; 2. ki ada gelagatnya (yg me­nunjukkan kan­dungan hatinya): perasaan benci ~ di muka­nya; ~ tanda tak dalam, bergoncang tanda tak penuh prb perihal orang yg sombong dan besar cakap itu biasanya kosong (kepalanya). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[beria/] | برياق

Definisi : bergerak spt ombak (biasanya air, udara); berkocak: Air ~ belum tentu tidak dalam. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata beriak

Peribahasa

Air beriak tanda tak dalam.

Bermaksud :

Banyak bercakap tanda tiada berilmu.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
recifierpenerusTeknikElektrikKomponen atau peranti elektronik yang unit utamanya diod, dan digunakan untuk menukar arus ulang-alik kepada arus terus beriak tanpa menggunakan dinamo atau mesin elektrik. Arus terus yang beriak ini akan dibaiki dengan penapis sehingga menjadi arus terus yang mantap. Ada pelbagai jenis merkuri, penerus separuh pengalir (silikon/germanium), dan penerus injap diod.
half-wave rectifierpenerus setengah gelombangTeknikElektrikLitar penerus yang hanya mengeluarkan arus terus separuh beriak bagi setiap kitar arus ulang-alik yang masuk, sementara separuh kitar lagi ditindas; dengan itu keluaran arus terus tidak penuh. Pada susunan separuh kitar positif voltan masukan, anod diod akan menerima arus positif dan katod menerima arus negatif. Penerusan berlaku dan keluaran separuh beriak diperoleh, separuh kitar berikutnya tidak ada keluaran. Oleh itu, purata keluarannya tidak begitu baik dan tidak sesuai untuk sesetengah litar elektronik.
full-wave rectifierpenerus gelombang penuhTeknikElektrikLitar penerus yang menghasilkan keluaran arus terus beriak bagi setiap kitar arus ulang-alik yang masuk ke dalamnya tanpa mengira kitar positif ataupun negatif. Terdapat dua cara bagi menghasilkan penerus ini, iaitu dengan menggunakan dua diod bersama pengubah sadap tengah, atau dengan menggunakan empat diod sambungan titi.
shadow bandsjalur bayangMatematikTiadaSemasa mencerap gerhana matahari, beberapa minit sebelum gerhana penuh, jalur yang beriak-riak ini akan kelihatan pada setiap permukaan putih.
PI-section filtertapis bahagian-PITeknikElektrikLitar yang berfungsi sebagai penapis gelombang arus terus yang beriak untuk memperoleh gelombang arus terus yang malar atau kurang riaknya. Litar ini terdiri daripada dua pemuat dan satu pengaruh yang disambung dalam bentuk `TT’.
bridge rectifierpenerus titiTeknikElektrikLitar penerus yang menggunakan empat diod separa pengalir, silikon atau germanium, yang disambungkan dalam litar jejambat. Penerus jenis ini berupaya menghasilkan voltan arus terus beriak pada gelombang penuh.

Kembali ke atas