Italian sonnet | soneta Itali | Kesusasteraan | Tiada | Puisi yang mengandungi 14 baris puisi yang terbahagi dua; 8 baris pertama mengandungi oktaf atau ostet dan berima abbaabba; 6 baris berikutnya sestet biasanya berima cdecde. |
ottava rima | otava rima | Kesusasteraan | Tiada | 8 baris stanza iambus berima abababcc. Digunakan oleh penulis puisi epik Itali semasa zaman pembaharuan yang diperkenalkan dalam puisi Inggeris oleh Wyatt. |
heroic couplet | kuplet wiraan | Kesusasteraan | Tiada | Bentuk rangkap puisi yang terdiri daripada dua baris berima (biasanya dalam bentuk a, a) dan menggunakan iambic pentametre, iaitu sepuluh suku kata dengan lima tekanan. Bentuk ini berpunca daripada penggunaannya dalam puisi epik dan drama. Kuplet wiraan merupakan bentuk matra yang biasa digunakan terutamanya pada kurun ke-18. Bentuk ini dimantapkan oleh penyair Inggeris, Elexander Pope yang mempelbagaikan baris rangkap dan memecahkannya kepada jeda. Pope menggunakannya dalam satira, esei berangkap, dan rangkap puisi wiraan olokan. Contoh kuplet wiraan dalam karya Pope berjudul Epistle II: To A Lady: Of the Characters of Women adalah seperti yang berikut: Notihing so true as what you once let fall, Most women have no characters at all. Lihat juga epik olokan, pentameter iambik, wiraan olokan. |
middle rhyme | rima tengah | Kesusasteraan | Tiada | Rima yang ditemui di tengah baris, di antara suku kata dalam baris dan di hujung baris yang sama. Rima tengah juga terjadi apabila dua atau beberapa perkataan berima terdapat dalam satu-satu baris. Contohnya seperti dalam puisi berjudul �Patience� oleh W.S. Gilbert: Then a sentimental passion of a vegetabile fashion, Must excite your languid spleen, An attachment �a la Plato, for a bashful young potato, Or a not too French French bean! Contoh rima tengah dalam pantun empat kerat adalah seperti yang berikut: Pohon sena,cabangnya empat, Mari tebang waktu pagi; Kalau kena dengan makrifat, Burung terbang menyerah diri. |
cross rhyme | rima silang | Kesusasteraan | Tiada | Rima yang terdapat di bahagian tengah sesuatu puisi panjang dan mempunyai persamaan dengan baris ayat puisi yang berikutnya. Contohnya adalah seperti yang berikut: Will ye bridle the deep sea with reins, Will ye chasten the high sea with rods? Will ye take her to chain her with chains, who is order than all ye Gods? Dalam kontes kesusasteraan Melayu, maksud rima silang ditemui dalam genre pantun empat kerat. Dalam pantun, baris pertama mempunyai rima hujung dengan baris ketiga, sementara hujung baris kedua akan berima dengan hujung baris keempat. Rima silang juga terdapat di tengah baris pantun, iaitu antara baris pertama dengan baris ketiga, dan baris kedua dengan baris keempat. Contohnya adalah seperti yang berikut: Pisang emas dibawa belayar, Masak sebiji di atas peti; Hutang emas boleh dibayar, Hutang budi dibawa mati. Pulau Pandan jauh ke tengah, Gunung Daik bercabang tiga; Hancur badan dikandung tanah, Budi baik dikenang jua. |