tandem mass spectrometry | spektrometri jisim beriringan | Herba | Fitokimia | Kaedah spektrometri jisim berasaskan pengionan dan pemecahan ion secara berperingkat. Ion asal dinamakan ion induk dan ion hasil dikenali sebagai ion anak. Melalui pendekatan ini, struktur molekul asal dapat disurih melalui maklumat pecahan ion yang terhasil pada setiap peringkat pemecahan dan mengaitkannya dengan pola pemecahan yang wajar. |
triple spotting | iklan tiga serangkai | Komunikasi | Korporat | Kaedah penyiaran tiga iklan serentak di televisyen atau radio yang disusun beriringan antara satu sama salin dalam tempoh masa yang sama. Iklan ini boleh disiarkan antara tempoh penyiaran sesuatu rancangan sebanyak tiga kali atau melibatkan penyiaran tiga jenis iklan untuk barangan yang sama oleh pelanggan yang sama. |
ladder network | rangkaian tangga | Fizik | Elektromagnet, Keelektrikan dan Kemagnetan | Rangkaian terdiri daripada jujukan rangkaian H, rangkaian L, rangkaian T atau rangkaian pi yang disambung secara tandem (beriringan) dan digunakan terutamanya sebagai turas elektrik. |