Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.ri.ta.hu] | بريتاهو

Definisi : ; memberitahu memberi khabar kpd seseorang supaya tahu, memaklumi: ia ~ tiap-tiap orang tempat penginapan masing-masing; memberitahukan memberitakan, memaklumkan: ia tidak ~ hal ini kpd sesiapa pun;pemberitahuan 1. perihal memberitahukan, perbuatan (tindakan dsb) memaklumkan (mengumumkan dsb); 2. maklumat, kenyataan, pengumuman: ~ mesyuarat agung Persatuan Linguistik Malaysia; pemberitahu orang yg memberitahu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.ri.ta.hu] | بريتاهو

Definisi : ; memberitahu menyebabkan seseorang mengetahui sesuatu (berita, khabar dll); memaklumkan kpd; melaporkan kpd: Dia ~ saya bahawa isterinya telah meninggal. memberitahukan menyampaikan atau melaporkan sesuatu (berita dsb): Dia ~ kemalangan jalan raya itu kpd pihak polis. pemberitahuan 1 perbuatan (hal dsb) memberitahu atau memberitahukan; pengumuman. 2 pernyataan utk memberitahu; maklumat. pemberitahu orang atau pihak yg memberitahu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata beritahu


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
informberitahuKomunikasiTiadaTiada
informberitahuPentadbiranTiadaTiada
voluntary disclosureberitahu sukarelaPentadbiran PerniagaanTiadaPemberitahuan yang dibuat dengan sukarela berkenaan dengan pendapatan yang tidak dilaporkan sebelumnya.
voluntary disclosureberitahu sukarelaEkonomiTiadaTiada

Kembali ke atas