inertia | sifatekun | Mekanik | Gunaan | Rintangan jasad terhadap perubahan halaju. Sifatekunlah yang menyebabkan kereta yang sedang berjalan akan terus berjalan untuk beberapa ketika jika injak cekamnya ditekan (iaitu roda tidak lagi dipacu oleh enjin), dan yang menyebabkan kipas terus berpusing untuk seketika selepas bekalan kuasa kepada kipas itu dihentikan. Ukuran kuantitatif bagi sifatekun yang berpadanan dengan gerakan bukan sudutan ialah jisim. Sifatekun yang berpadanan dengan gerakan sudut dinamai momen sifatekun. Sinonim inersia. Lihat juga jisim, momen sifatekun, roda tenaga. |
horse head | kepala kuda | Kejuruteraan | Petroleum | Peranti yang berbentuk melengkung yang dipasang di hujung rasuk berjalan unit pengepaman rasuk, iaitu di hujung rasuk berjalan yang terletak di atas kepala telaga. Pada peranti ini tergantung tali kekang atau kabel penggantungan bagi sistem pengepaman rod penyedut tersebut. Rujuk: tali kekang. |
saddle bearing | galas pelana | Kejuruteraan | Petroleum | Galas yang terletak di antara rasuk berjalan dengan tiang Sampson pada unit pengepaman bagi sistem pengepaman rod penyedut. Berguna untuk menggalas kedudukan rasuk berjalan pada tiang Sampson. |
sleep walking | berjalan semasa tidur | Psikologi | Psikologi Umum | Tingkah laku tidak sedar yang dilakukan individu semasa tidur terutamanya di peringkat NREM (tidur bukan gerak cepat). Dalam keadaan ini, mata individu masih terbuka tetapi dalam keadaan bingung dan mengheret kakinya sebagai tanda dia berada dalam keadaan tidur. Individu ini biasanya tidak mempunyai masalah untuk berjalan seperti boleh menuruni tangga dengan baik. Tingkah laku ini dikenali juga sebagai somnambulisme. |
walking beam | rasuk berjalan | Kejuruteraan | Petroleum | Sinonim : rasuk Keluli yang merupakan bahagian mendatar pada unit pengepaman rasuk yang berguna bagi mendapatkan gerakan penyilangan dalam mekanisme kerja unit pam rod penyedut. Untuk ini, keluli tersebut akan bergerak ke atas dan ke bawah. Pergerakan ini diperoleh daripada pergerakan perputaran engkol yang dihubungkan ke rasuk berjalan oleh lengan pitman. Rujuk : unit pengepaman rasuk; lengan pitman. |
pitman | pitman | Kejuruteraan | Petroleum | Sinonim : lengan Pitman Batang atau lengan yang menghubungkan engkol dengan rasuk berjalan pada unit pengepaman rasuk bagi sistem pengepaman rod penyedut. Lengan ini berguna untuk mengubah gerakan berputar engkol menjadi gerakan ke atas dan ke bawah rasuk berjalan atau sebaliknya. |
beam-pumping unit | unit pengepaman rasuk | Kejuruteraan | Petroleum | Mesin yang direka khusus untuk sistem pengepaman rod penyedut yang menggunakan rasuk berjalan mendatar dalam mekanisme operasinya bagi mendapatkan gerakan penyilangan yang diperlukan untuk menggerakkan unit pam rod penyedut. Merupakan salah satu peralatan permukaan bagi sistem pengepaman rod penyedut. Rujuk : rasuk berjalan. |
travelling | berjalan (Bola Keranjang) | Sukan | Tiada | Tiada |
chromosome walk | berjalan atas kromosom | Biologi | Genetik | Kaedah pengekodan gen dengan menggunakan satu jujukan DNA yang telah diklon sebagai prob. Kaeadah ini digunakan untuk mencari jujukan klon genom yang bertindih hingga ke jujukan DNA yang dikehendaki. |
chromosome walk | berjalan atas kromosom | Kimia | Tiada | Kaedah pengekodan gen dengan menggunakan satu jujukan DNA yang telah diklon sebagai prob. Kaeadah ini digunakan untuk mencari jujukan klon genom yang bertindih hingga ke jujukan DNA yang dikehendaki. |