infection disease | penyakit berjangkit | Biologi | Patologi | Penyakit yang disebabkan oleh patogen yang boleh berjangkit daripada perumah sakit ke perumah sihat. bd. penyakit tak berjangkit. |
non-infectious disease | penyakit tak berjangkit | Biologi | Patologi | Penyakit yang disebabkan oleh agen bukan hidup sehingga ia tidak boleh berjangkit. Penyakit ini termasuk rancu fisiologi, dan kelainan genetik. bd. penyakit berjangkit. |
infectious | berjangkit | Perubatan | Tiada | Berkaitan dengan disebabkan atau boleh berjangkit melalui jangkitan. |
infectious mononucleosis | mononukleosis berjangkit | Perubatan | Tiada | Penyakit berjangkit, dipercayai disebabkan oleh virus Epstein-Barr. Terjadi terutama di kalangan remaja dan melibatkan nodus limfa di leher, ketiak dan groin. |
infectious | berjangkit | Perubatan | Tiada | Berkaitan dengan disebabkan atau boleh berjangkit melalui jangkitan. |
contagious disease | penyakit berjangkit suaan | Perubatan | Tiada | Penyakit berjangkit yang ditularkan daripada manusia atau haiwan kepada manusia atau haiwan lain secara langsung, misalnya selsema dan campak. |
contagious disease | penyakit berjangkit | Perubatan | Tiada | Penyakit yang boleh berjangkit daripada seorang kepada orang lain melalui sentuhan fizikal atau secara tak langsung melalui organisma atau pembawa organisma penyebab. |
infectious disease | penyakit berjangkit | Gerontologi | Tiada | Penyakit yang boleh merebak kepada orang lain melalui udara, air, makanan atau sentuhan cecair badan yang mengandungi patogen. Penyakit berjangkit biasanya disebabkan oleh mikroorganisma seperti bakteria, kulat atau virus yang membiak dalam tisu tubuh. |
anthrax | antraks | Biologi | Mikrobiologi | Penyakit berjangkit yang disebabkan oleh bakteria Bacillus antracis yang lazimnya menyerang haiwan ternakan seperti biri-biri, lembu, dan kuda. Penyakit ini berjangkit kepada manusia melalui sentuhan, pernafasan, atau makanan. |
glandular fever | demam kelenjar | Perubatan | Tiada | Penyakit berjangkit, dipercayai disebabkan oleh virus Epstein-Barr, yang mempengaruhi nodus-limfa pada leher, ketiak dan groin. Sinonim: mononukleosis berjangkit. |