Ig. Insurance contract | kontrak insurans | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Perjanjian mengenai urusan jual beli insurans. Kontrak ini melibatkan dua pihak iaitu insured dan insurer. Insured berjanji akan membayar sejumlah wang yang dinamakan premium dan insurer sebaliknya berjanji membayar ganti rugi kepada insured sekiranya berlaku sesuatu kejadian yang ditetapkan dalam kontrak. |
insurance | insurans | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Kemudahan sosial untuk mengurangkan risiko dengan memindahkan risiko tersebut daripada entiti individu kepada insurer melalui satu perjanjian berkontrak. Kontrak ini melibatkan dua pihak iaitu insured dan insurer. Insured berjanji akan membayar sejumlah wang yang dinamakan premium dan insurer sebaliknya berjanji membayar ganti rugi kepada insured sekiranya berlaku sesuatu kejadian yang ditetapkan dalam kontrak. Istilah ansurans sering digunakan bertukar ganti dengan istilah insurans. |
abjuration | penafian | Sejarah | Tiada | Hal menafikan sesuatu di hadapan umum dengan berjanji, atau bersumpah untuk melepaskan hak, kepercayaan, pegangan, pendapat dan sebagainya. |
service lease | pajakan khidmat | Pentadbiran | Tiada | Sejenis pajakan yang memerlukan pemajak berjanji untuk menyelenggarakan dan menginsuranskan kelengkapan. |
contract farming | perladangan kontrak | Pertanian | Agroteknologi | Sistem pengeluaran pertanian yang melibatkan perjanjian antara petani atau pengeluar hasil pertanian dengan pembeli hasil pertanian. Pembeli menyatakan syarat-syarat yang perlu diikuti oleh petani seperti penggunaan benih dan kualiti hasil, dan berjanji membeli hasil dengan harga yang ditetapkan jika syarat dipenuhi. Satu contoh perladangan kontrak ialah syarikat Nestle yang membuat perjanjian dengan pengeluar cili supaya cili yang berkualiti dapat diperoleh oleh syarikat itu untuk perusahaan sos cili. Syarikat akan membekalkan benih dan input lain dan berjanji untuk membeli hasil dengan harga yang ditetapkan jika memenuhi spesifikasi. Kaedah perladangan kontrak memberi jaminan pasaran kepada petani yang juga tidak perlu mengeluarkan modal sendiri. |
use and occupancy insurance | insurans guna dan huni | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Insurans yang melindungi kerugian pendapatan dalam insurans dandang dan jentera. Insurans ini juga digunakan bagi sesetengah kontrak yang berjanji akan membayar tuntutan berdasarkan nilai tetap bagi setiap hari pihak yang diinsuranskan tidak dapat mengguna atau menghuni harta tersebut akibat peril yang diinsuranskan. |
bai‘ wafa’ | jual beli gadai janji | Perniagaan Islam | Tiada | Akad jual beli yang mensyaratkan produk yang dijual ditebus oleh penjual dan dikembalikan harga asal kepada pembeli. Contohnya, pelanggan menjual barangan miliknya kepada pihak institusi kewangan pada harga tunai dan kemudian berjanji akan membelinya kembali dengan harga jual beli asal. Bai‘ wafa’ merupakan pengecualian daripada prinsip am jual beli bagi memenuhi keperluan masyarakat. |
leasing and subsequently purchase | ijarah thumma bai‘ | Ekonomi | Ekonomi Islam | Akad yang menggabungkan sewaan dan pembelian. Dalam akad ini, perbankan Islam menyediakan pembiayaan kepada pelanggan dengan membeli aset seperti peralatan atau bangunan. Pelanggan kemudiannya bersetuju menyewa aset tersebut dan pada masa yang sama berjanji untuk membeli dengan membuat bayaran tambahan secara ansuran. Sewaan dan harga belian yang ditetapkan membolehkan perbankan Islam mendapatkan semula harga belian aset berserta keuntungan. Sinonim ijarah wa iqtina’. |
duopoly | duapoli | Ekonomi | Tiada | Pasaran persaingan tak sempurna yang mengandungi dua pengeluar atau penjual bagi satu barangan yang bersaing untuk mendapatkan pelanggan melalui persaingan harga dan persaingan bukan harga. Untuk mengelakkan kerugian, pengeluar atau penjual mungkin berkongsi pasaran seperti membahagikan pasaran mengikut kawasan dan berjanji tidak bersaing dalam kawasan masing-masing. |
performative | performatif | Kesusasteraan | Tiada | Sebahagian daripada kaedah mengklasifikasikan ayat. Performatif diperkenalkan oleh ahli falsafah J.L. Austin dan dianggap penting dalam teori aksi pertuturan. Performatif berbeza daripada konstatif, iaitu ayat deklaratif yang memperkatakan tentang situasi, sama ada benar atau salah. Contohnya, �Dr. Mahathir ialah Perdana Menteri Malaysia�. Perfomatif bukan sahaja menyatakan sesuatu tetapi turut melakukan sesuatu secara verbal. Contohnya, �Saya berjanji akan membayar balik wang awak esok�. Dalam performatif, isu penting bagi ayat bukan kebenarannya tetapi keberkesanan ayat itu meyakinkan pendengaran. Teori aksi pertuturan juga digunakan untuk mengkaji sesuatu ayat dalam karya sastera. |