Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.jum.pa] | برجومڤا

Definisi : (pergi) menemui seseorang (di suatu tempat): mereka hendak ~ dgn Guru Besar (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.jum.pa] | برجومڤا

Definisi : 1 bertemu secara kebetulan atau dgn tiba-tiba: Saya ~ dgn kawan lama saya di pasar lambak. 2 bertemu utk sesuatu tujuan: Saya ingin ~ dgn Guru Besar tetapi dia jarang ada di pejabat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jumpa
Kata Terbitan : berjumpa, menjumpai, memperjumpakan, terjumpa, perjumpaan,

Puisi
 

Berjumpa gajah dua serupa,
     Gajah kecil mati terkepung;
Banyaknya lebih daripada adinda,
     Keningnya lentik bagai berladung.


Lihat selanjutnya...(57)
Peribahasa

Beruk berjumpa pisang masak setandan.

Bermaksud :

Orang tamak yang memperoleh keuntungan dengan mudah.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
doctor shoppinglompat doktorPerubatanTiadaAmalan berjumpa beberapa orang doktor kerana simptom yang berterusan atau ketidakpuasan hati terhadap doktor atau ubat yang diberikan oleh doktor.
baby feveridam anakPsikologiTiadaKeinginan individu untuk mempunyai anak sendiri setelah mereka berjumpa dengan bayi dan terutamanya ketika mereka menggendong bayi tersebut. Keinginan ini cenderung mempengaruhi orang dewasa yang telah meningkat usia dan tidak mempunyai anak.
baby feveridam anakPsikologiTiadaKeinginan individu untuk mempunyai anak sendiri setelah mereka berjumpa dengan bayi dan terutamanya ketika mereka menggendong bayi tersebut. Keinginan ini cenderung mempengaruhi orang dewasa yang telah meningkat usia dan tidak mempunyai anak.
concussion of toothgigi terkonkusiPergigianTiadaKecederaan yang berlaku pada gigi tanpa menunjukkan tanda dan gejala ketika kecederaan tersebut. Dalam tempoh yang panjang, kecederaan tersebut boleh mengakibatkan kematian pulpa. Pesakit hanya akan berjumpa dengan doktor pergigian untuk mendapatkan rawatan setelah mendapati gigi tersebut berubah warna. Pengambilan riwayat gigi yang dijalankan dengan teliti akan dapat mengesan bahawa gigi pesakit pernah mengalami kecederaan.
close ended question in counselingsoalan tertutup dalam kaunselingPsikologiPsikologi UmumSalah satu teknik melontarkan soalan kepada klien dengan menggunakan format binari atau pelbagai pilihan. Contoh soalan tertutup ialah �Adakah anda pernah berjumpa dengan kaunselor selepas kejadian ini berlaku?� Kadangkala, bagi mendapatkan fakta yang lebih tepat klien diminta untuk memberikan pandangan dan perasaan mereka pada ketika itu. Contohnya, pertanyaan seperti �Adakah suami anda bekerja kuat?� Jawapan yang perlu diberikan oleh klien bagi soalan seperti ini ialah sama ada �Ya� atau �Tidak�.
close ended question in counselingsoalan tertutup dalam kaunselingPsikologiPsikologi UmumSalah satu teknik melontarkan soalan kepada klien dengan menggunakan format binari atau pelbagai pilihan. Contoh soalan tertutup ialah �Adakah anda pernah berjumpa dengan kaunselor selepas kejadian ini berlaku?� Kadangkala, bagi mendapatkan fakta yang lebih tepat klien diminta untuk memberikan pandangan dan perasaan mereka pada ketika itu. Contohnya, pertanyaan seperti �Adakah suami anda bekerja kuat?� Jawapan yang perlu diberikan oleh klien bagi soalan seperti ini ialah sama ada �Ya� atau �Tidak�.
beginning rhymerima awalKesusasteraanPuisiPenggolongan bunyi yang terdapat pada suku kata ataupun perkataan di pangkal setiap baris pertama, kedua, ketiga dan seterusnya dalam sesebuah puisi. Pengulangan ini mungkin wujud pada suku kata ataupun perkataan pertama, seperti dalam pantun di bawah . Kalau ada sumur di ladang, Boleh saya menumpang mandi ; Kalau ada umur panjang, Boleh kita berjumpa lagi.
metre footkaki matraKesusasteraanPuisiKelompok suku kata yang berfungsi untuk membentuk sama ada satu unit atau satu kesatuan matra sajak. Lazimnya dalam setiap unit sajak itu terdapat pola bunyi yang tetap, yang terdiri daripada bunyi-bunyi yang mendapat tekanan dan yang tidak mendapat tekanan. Pola bunyi ini mudah dikesan apabila sesebuah puisi itu dideklamasikan. Kalau ada sumur di ladang, Boleh saya menumpang mandi; Kalau ada umur panjang, Boleh kita berjumpa lagi.
interest groupkelompok sekepentinganSains PolitikPolitik PerbandinganPertubuhan sukarela yang dibentuk secara rasmi untuk mewakili kepentingan ahlinya. Mereka ini amat sensitif terhadap perkembangan kepentingan yang diperjuangkannya. Kumpulan ini boleh mempengaruhi proses penggubalan sesuatu dasar kerajaan tetapi tidak terlibat secara langsung dalam proses pembentukan kerajaan. Pergerakan kelompok ini adalah untuk kepentingan awam secara keseluruhannya tetapi secara spesifik bergerak untuk kepentingan yang lebih khusus seperti memelihara alam sekitar, peminat seni, pendukung kepentingan wanita, pejuang kebebasan politik dan sebagainya. Mereka mendesak kerajaan dalam melaksanakan perjuangannya dengan pelbagai cara seperti melobi, menulis surat kepada pihak berkuasa, berjumpa dan berunding dengan anggota pemerintah, menganjurkan demonstrasi dan berbagai-bagai program kempen. Contohnya, Sahabat Alam Malaysia untuk alam sekitar dan Tenaganita untuk kepentingan kaum wanita. Sinonim kumpulan berkepentingan.
pressure groupkumpulan pendesakSains PolitikPolitik PerbandinganPertubuhan sukarela yang dibentuk secara rasmi untuk mewakili kepentingan kelompok tertentu bagi mempengaruhi proses penggubalan dasar kerajaan. Kelompok ini tidak terlibat dalam proses pembentukan kerajaan tetapi mempunyai bidang kepentingannya sendiri dan bergerak untuk memelihara kepentingan tersebut. Secara keseluruhannya, pergerakan kelompok ini adalah untuk kepentingan awam namun secara khusus adalah untuk memelihara kepentingan tertentu seperti kebersihan alam sekitar, kebajikan buruh, pengguna, pelajar, bahasa, wanita, anak seni, kebebasan politik dan sebagainya. Mereka mendesak kerajaan melalui pelbagai cara seperti melobi, menulis surat kepada pihak berkuasa tertentu, berjumpa dan berunding dengan anggota pemerintah, mengadakan demonstrasi dan berbagai-bagai program kempen dan poster. Contoh kumpulan pendesak di Malaysia ialah Aliran, Suaram dan Hakam yang sensitif terhadap perkembangan politik dan hak asasi manusia.
12

Kembali ke atas