Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ka.la.ka.la] | برکالا - کالا

Definisi : terkadang-kadang, dr semasa ke semasa; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ka.la.ka.la] | برکالا - کالا

Definisi : sekali-sekali; terkadang-kadang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berkala-kala


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
periodkalaKimiaTiadaBaris mendatar dalam jadual berkala. Kala dinomborkan 1 hingga 7 dari atas ke bawah. Kala 1 mengandungi dua unsur, kala 2 dan 3 lapan, kala 4 dan 5 lapan belas, dan kala 6 dan 7 tiga puluh dua. Kedudukan unsur dalam kala diperoleh daripada nombor kuantum n terbesar dalam konfigurasi elektron. Misalnya, konfigurasi elektron Na-23 ialah 1s22s22p63s1, dengan itu, natrium berada dalam kala 3 jadual berkala.
periodic vibrationgetaran berkalaMekanikGunaanGetaran yang dicirikan oleh gerakan yang berulang-ulang dengan kala yang malar. Getaran berkala yang tipikal ditunjukkan dalam Rajah G11. Lihat juga kala getaran. RAJAH G 11
oscillationayunanFizikModenGerakan dalam satu kala lengkap, atau yang berkala.
periodic tablejadual berkalaKimiaTiadaJadual unsur yang disusun mengikut tertib pertambahan nombor atom dengan memasukkan untur yang mempunyai sifat kimia yang serupa ke dalam satu kumpulan. Setakat ini kira-kira 116 unsur telah diketahui. Jadual berkala terdiri daripada lapan belas kumpulan mengikut susunan menegak dan tujuh kala mengikut susunan mendatar. Dalam sesuatu kumpulan, unsur yang di bawah menunjukkan lebih sifat kelogaman daripada unsur yang di atas. Dalam sesuatu kala pula, unsur yang di sebalah kanan menunjukkan lebih sifat bukan logam. Lihat juga kala, kumpulan.
phasefasaFizikElektromagnet, Keelektrikan dan KemagnetanBahagian pecahan kala yang dilalui oleh pemboleh ubah masa bagi suatu kuantiti berkala seperti arus elektrik ulang-alik. Fasa diukur pada setiap titik dan biasanya diungkapkan dalam sebutan ukuran sudut dengan satu kala bersamaan dengan 360o atau 2n radian. Hujah fungsi trigonometri yang memperihalkan perubahan ruang dan masa bagi gangguan sinusoid y = A kos [1n/n)(x = vt)], x dan t koordinat ruang dan maa, v adalah halaju rambatan dan n adalah panjang gelombang.
current bibliographybibliografi semasaPerpustakaanTiadaSenarai yang memuatkan maklumat tentang buku baru yang dikumpulkan dan biasanya diterbitkan dalam bentuk terbitan berkala dan kadang kala diberi nama 'Bibliografi terbuka'.
period shut-downpenutupan berkalaKejuruteraanTiadaPenutupan reaktor oleh isyarat yang sepadan dengan kala yang paling singkat.
periodic frequencyfungsi berkalaTeknikElektrikFungsi gelombang yang berulangan bentuk dalam satu tempoh masa atau kala.
oscillationayunanFizikMekanikGerakan yang membuat satu kala lengkap dan sentiasa melakukan gerakan berkala.
electronegativitykeelektronegatifanKimiaTiadaKeupayaan sesuatu atom menarik elektron dalam ikatan kimia. Keelektronegatifan unsur bertambah dari kiri ke kanan mengikut kala dan berkurangan apabila menurun mengikut kumpulan di dalam jadual berkala. Fluorin merupakan unsur yang paling tinggi keelektronegatifannya, manakala sesium unsur yang paling rendah keelektronegatifan berklait dengan purata afiniti elektron dan tenaga pengionan.
12

Kembali ke atas