Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. rahmat, restu, sempena: hai anakku, hendaklah kau ingatkan wasiatku ini supaya diberi Allah engkau ~; mengambil ~; 2. dgn pengaruh (akibat, sebab), sbg hasil (manfaat dsb) drpd: dia mencapai kedudukan itu ~ ketekunannya; 3. mujur, berbahagia: dlm bulan puasa yg ~ ini, kita meminta doa kpd Allah; ~ afwah = ~ tuah dgn afwah (tuah); memberkati memberi sempena (rahmat, restu): semoga engkau diberkati Tuhan dlm penghidupanmu; sami itu ~ mereka dgn membaca mantera;keberkatan sesuatu amalan yg mendatangkan berkat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 kurnia atau rahmat Allah yg mendatangkan kebaikan kpd kehidupan manusia: Mudah-mudahan Allah akan melimpahkan ~-Nya kpd kita semua. 2 dgn sebab atau dgn pengaruh; oleh sebab: ~ doa ayahanda, anak-anak berdua sihat-sihat saja. 2 beruntung atau berbahagia; mujur: Tidak ~ jika kita makan harta orang secara tidak halal. memberkati 1 memberi berkat atau rahmat kpd: Moga-moga Allah ~ usaha kita yg mulia ini. 2 mendatangkan kebaikan atau keuntungan kpd; memberi berkat kpd: Tidak berguna kita menyimpan harta curian kerana itu tidak akan ~ kita. keberkatan hal atau keadaan berkat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berkat


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
blessingberkat; rahmatSejarahTiadaRahmat, berkat atau kurnia dari kuasa tertinggi atau Tuhan, biasanya pengurniaan bintang keberanian yang dilakukan oleh pemerintah atau maharaja sejak zaman Rom kepada pahlawannya.
burdahburdahKesenianDrama dan TeaterSeni permainan rakyat berasaskan gendang yang dipalu dan disertai dengan nyanyian zikir burdah berbentuk pujian kepada keluarga untuk mendapat berkat dan kemuliaan majlis keramaian.

Kembali ke atas