Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ke.cua.li] | برکچوالي

Definisi : 1. ada kecualinya; 2. tidak ber­pihak kpd (bersekutu dgn) mana-mana pihak, berdiri sama tengah; negara-negara ~ negara­-negara yg tidak bersekutu dgn atau berpihak kpd negara-negara blok Barat ataupun blok komunis; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ke.cua.li] | برکچوالي

Definisi : 1 ada kecualinya. 2 tidak menyebelahi mana-mana pihak: negara ~ negara yg tidak memihak ke mana-mana. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kecuali (kata tugas)
Bersinonim dengan melainkan, selain, lain daripada, hanya, namun, tetapi;,
Kata Terbitan : berkecuali, mengecuali, mengecualikan, terkecuali, kekecualian,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
abstentionberkecualiUndang-undangUndang-undang AntarabangsaBerkaitan dengan tindakan atau keputusan yang tidak menyokong ataupun membantah sesuatu cadangan. Dalam konteks hubungan antarabangsa yang melibatkan Majlis Keselamatan PBB misalnya, keputusan berkecuali bermaksud tindakan sesebuah negara yang tidak menyokong atau membantah sesuatu cadangan secara keseluruhan. Keputusan berkecuali boleh disertakan dengan alasan dan pendirian negara berkenaan. Contoh lain ialah Malaysia yang banyak mengamalkan prinsip berkecuali bagi mewujudkan hubungan yang baik dengan semua negara atas dasar aman dan persahabatan tanpa mengira ideologi atau kepercayaan. Salah satu unsur penting prinsip berkecuali Malaysia ialah keengganan untuk terlibat dalam mana-mana pakatan ketenteraan yang memihak kepada pihak Timur atau Barat selain daripada perjanjian pertahanan untuk kepentingan negara.
neutral statenegara berkecualiUndang-undangUndang-undang AntarabangsaNegara yang bersetuju untuk tidak menyertai peperangan antara dua atau lebih negara lain. Negara berkecuali mempunyai kewajipan untuk menahan diri daripada memberi bantuan ketenteraan kepada pihak yang berperang, menghalang wilayahnya daripada digunakan bagi tujuan peperangan, atau menjadi tidak berpihak kepada manamana negara yang berperang. Perkecualian adalah satu kewajipan untuk menahan diri daripada melakukan apa-apa perbuatan yang boleh ditafsirkan sebagai mempertingkatkan kepentingan salah satu pihak yang berkonflik atau membahayakan kepentingan pihak yang lagi satu. Status berkecuali ini diiktiraf oleh pihak-pihak yang berperang. Sinonim kuasa berkecuali.
emphatic neutralityempatik berkecualiPendidikanTiadaKeupayaan untuk berkecuali dalam situasi yang diperhatikan.
neutral powerkuasa berkecualiUndang-undangUndang-undang AntarabangsaLihat negara berkecuali.
neutralneutral; berkecualiPentadbiran PerniagaanTiadaneutral: 1. Berkaitan dengan zarah yang tidak mempunyai cas elektrik.,5. Berkecuali: Tidak menyokong mana-mana pihak.
non-aligned news agencies poolgabungan agensi berita negara berkecualiKomunikasiTiadaPertubuhan agensi berita negara-negara berkecuali yang bergabung untuk mengatasi masalah pengaliran berita.
armed neutralitykeberkecualian bersenjataSejarahTiadaKedudukan berkecuali dipilih oleh sesebuah negara dalam peperangan dan bersedia untuk mempertahankan sikap berkecuali tersebut khususnya dalam persenjataan.
abstainberkecualiSains PolitikPolitik PerbandinganTiada
neutralberkecualiSains PolitikPolitik PerbandinganTiada
abstainberkecualiSains PolitikHubungan AntarabangsaTindakan secara sengaja untuk tidak mengundi kerana tidak bersetuju dengan sesuatu keputusan. Tindakan ini kerap berlaku dalam persidangan PBB. Contohnya, Norway mengambil langkah untuk tidak mengundi dalam satu resolusi di Perhimpunan Agung PBB berkenaan usul untuk mendapatkan pertimbangan Tribunal Antarabangsa di Hague mengenai hasrat Israel membina tembok di wilayah Palestin sebagai tindakan yang sah.
1234567

Kembali ke atas