dental therapist | juruterapi pergigian | Perubatan | Tiada | Seseorang yang berkemahiran dalam merawat penyakit pergigian. |
professional worker | pekerja profesional | Ekonomi | Tiada | Pekerja yang berkemahiran khusus dalam bdiang pekerjaan tertentu. |
marquee player | pemain tersohor | Sukan | Tiada | Atlet yang dianggap sangat popular, berkemahiran dan luar biasa pencapaiannya, terutama dalam sukan profesional. |
credentials | wasikah | Sejarah | Tiada | Surat tauliah yang menunjukkan seseorang itu berkualiti dan berkemahiran profesional. |
barista | barista | Pentadbiran Perniagaan | Penginapan dan Penyajian | Orang yang mempunyai pengetahuan dan berkemahiran dalam penyediaan kopi secara profesional. |
program developer | pembangun atur cara | Teknologi Maklumat | Perisian | Individu yang bertanggungjawab membina suatu atur cara sistem perkomputeran. Individu ini berkemahiran dalam menulis, mengkompil dan menyahkod atur cara. Pembangun atur cara terdiri daripada pengatur cara, juruanalisis sistem, pengatur cara analisis dan individu yang terlibat dengan tugas pembangunan atur cara. |
strategist | ahli strategi | Pengurusan | Perancangan | Pihak yang bertanggungjawab untuk merancang, membuat keputusan dan memastikan pelaksanaan perancangan strategik sesebuah organisasi. Ahli strategi lazimnya terdiri daripada pihak pengurusan atasan kerana mereka mempunyai maklumat menyeluruh tentang organisasi dan berkemahiran untuk membuat keputusan bagi menentukan hala tuju dan masa depan organisasi. Contoh ahli strategi yang terlibat ialah Ahli Lembaga Pengarah, Ketua Pegawai Eksekutif, Pengurus Besar dan Ketua Jabatan. |
governance | tadbir urus | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Pentadbiran organisasi yang dilaksanakan mengikut prosedur dan peraturan yang ditetapkan. Antara faktor utama yang menyumbang kepada tadbir urus yang cekap dan berkesan ialah sifat dan sikap positif pemimpin, berpengalaman, berkemahiran dan berpengetahuan, mempunyai ideologi dan fikiran yang prolifik serta mampu menjana perubahan. Tadbir urus yang cekap dan berkesan menjadi tunggak dalam memantapkan pengurusan dan pentadbiran organisasi. Contohnya, sebuah kerajaan yang mantap dari segi pentadbiran dan pengurusan akan menjana sebuah negara yang makmur dan sejahtera seperti Malaysia. |
skill development | pembangunan kemahiran | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Usaha, tindakan atau langkah-langkah kemajuan dan perkembangan yang dilaksanakan oleh organisasi untuk mempertingkatkan keupayaan dan kebolehan kakitangan. Pembangunan kemahiran mencakupi proses pemantapan kendiri untuk melahirkan kakitangan yang berdaya saing, berpengetahuan, berfikiran terbuka, berkemahiran tinggi dan komited. Dalam konteks ini, pihak atasan berperanan untuk merangka, mereka bentuk, melaksanakan dan mengenal pasti elemen-elemen penting bagi pembangunan kemahiran. Antara elemen-elemen penting yang dimaksudkan ialah pengalaman kerja kakitangan, kemahiran, prestasi kerja, kekananan dan kualiti peribadi. |
Islamic Institute for Technology (IIT) | Institut Teknologi Islam (IIT) | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Organisasi subsidiari Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang ditubuhkan untuk mempertingkatkan modal insan dan kerjasama teknikal negara anggota. Institut ini menyediakan latihan teknikal dan vokasional kepada pengajar industrial, teknikal dan mekanikal dari negara anggota, dan mengadakan pertukaran pakar berkemahiran, program latihan, penerbitan dan bengkel amali. IIT turut menjalankan penyelidikan dan memberi khidmat nasihat dan runding cara. |