remote access | capaian jauh | Kejuruteraan | Tiada | 1. Berkenaan perhubungan dengan kemudahan pemprosesan data oleh stesen-stesen yang jauh dari kemudahan berkenaan.,2. Berkenaan perhubungan dengan pemproses komputer oleh stesen-stesen pangkalan yang jauh daripada pemproses itu. |
analogue | analog | Teknik | Elektrik | 1. berkenaan kumpulan alat pengukuran elektrik dan elektronik yang menggunakan jarum atau pen untuk merakamkan atau menunjukkan sesuatu bacaan. 2. berkenaan litar elektronik yang hanya boleh dikendalikan untuk sesuatu tujuan sahaja. 3. berkenaan litar elektronik yang boleh mengeluarkan beberapa bacaan voltan atau arus, atau dikendalikan pada voltan yang pelbagai julat. misalnya, litar penguat, litar pembilang getar, dan litar pengayun. |
aeroelasticity | aeroanjalan | Aeroangkasa | Tiada | Sains berkenaan interaksi antara daya aerodinamik dengan struktur elastik.,Sains berkenaan interaksi antara daya aerodinamik dengan struktur elastik. |
neologism | neologisme | Perubatan | Tiada | Penciptaan kata atau ungkapan baru oleh pesakit psikosis, yang makna kata yang berkenaan mungkin menggambarkan konflik jiwa pesakit yang berkenaan. |
lactase deficiency | kekurangan laktase | Perubatan | Tiada | Ketakcukupan atau ketiadaan enzim laktase, yang biasanya berlaku sejak lahir. Akibatnya individu berkenaan mengalami kekembungan atau cirit-birit apabila individu berkenaan terminum susu (yang mengandungi laktosa), atau termakan makanan yang mengandungi susu. Keadaan ini sering dialami oleh orang Negro, Cina dan orang pulau Cyprus. Lihat juga ketaktoleranan laktosa. |
benevolent endowment | wakaf | Ekonomi | Ekonomi Islam | Akad yang dibuat oleh seseorang untuk menahan hartanya supaya manfaat harta berkenaan boleh digunakan bagi tujuan kebajikan dengan hasrat untuk mendekatkan diri kepada Allah. Menahan harta di sini bermaksud, pemberi wakaf tidak boleh lagi memindah milik harta berkenaan kepada pihak lain melalui jual beli, hibah, pusaka dan sebagainya. HaI ini kerana akad wakaf telah menyebabkan harta berkenaan telah menjadi milik Allah untuk selama-lamanya. Namun begitu, pemberi wakaf berhak menentukan jenis manfaat dan penerima manfaat daripada harta wakaf itu. |
unconditional mudarabah | mudarabah mutlaqah | Ekonomi | Ekonomi Islam | Akad mudarabah yang tidak mengekang pengusaha berkenaan tempat, masa, musim, komoditi, kredit atau teknik urus niaga. Pengusaha diberi kebebasan untuk membuat pilihan sendiri tentang perkara berkenaan. Akad mudarabah hanya menentukan nisbah perkongsian untung. Sinonim mudarabah mutlak. |
stock company | syarikat stok | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Syarikat insurans yang modalnya adalah hasil sumbangan daripada pemilik saham syarikat berkenaan. Pendapatan daripada syarikat ini diagihkan sebagai dividen kepada pemilik saham berkenaan. |
age | mengumur | Kejuruteraan | Petroleum | Membiarkan simen mengeras sehingga mencapai tahap yang lebih keras daripada pengerasan pertengahan simen berkenaan. Masa yang diperlukan bergantung pada jenis simen, kandungannya dan sekitaran tempat simen berkenaan diletakkan. Proses di atas kadangkala dikenali sebagai pengawetan simen. |
umra waqf | wakaf umra | Ekonomi | Ekonomi Islam | Wakaf khas yang bersifat sementara. Penerima wakaf berhak mendapat manfaat wakaf berkenaan sepanjang hidupnya sahaja. Apabila penerima wakaf itu meninggal dunia, harta wakaf berkenaan akan dikembalikan kepada wakif atau warisnya. Contohnya, wakif berkata, “Saya wakafkan rumah ini kepada engkau selama mana engkau masih hidup”. |