Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ko.mu.ni.ka.si] | برکومونيکاسي

Definisi : berhubungan (secara langsung atau dgn perantaraan surat, radio, telefon, dll), mengadakan perhubungan (ber­cakap, berbincang, bertukar-tukar pendapat, dll): bahasa ialah alat utk ~ dan alat utk berfikir dan melahirkan buah fikiran; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
komunikasi (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
1. Bersinonim dengan perhubungan: perantaraan, penyebaran maklumat, penyampaian maklumat, penerbitan, kenyataan,

2. Dalam konteks alat
bersinonim dengan radio, televisyen, telefon, telefaks, surat, akhbar, majalah, komputer, internet, CD ROM,

Kata Terbitan : berkomunikasi,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
communicative intentniat berkomunikasiPendidikanTiada

 Motivasi dalam tingkah laku yang boleh diinterpretasikan sebagai cubaan untuk berkomunikasi.

interfaceantara mukaTeknologi MaklumatPerisianLapisan abstrak yang bertindak sebagai pemudah cara antara dua objek yang berkomunikasi. Objek ini boleh terdiri daripada perisian, perkakasan dan pengguna. Antara muka ini juga menyediakan cara menterjemah antara kedua-dua objek yang tidak berkomunikasi dalam bahasa yang sama seperti antara manusia dengan komputer. Lihat juga antara muka atur cara aplikasi (API), antara muka pengguna grafik (GUI).
aphasiaafasiaPerubatanTiadaKetidakupayaan berkomunikasi, sama ada melalui pertuturan, tulisan dan isyarat, atau untuk memahami pertuturan dan bahasa bertulis. Keadaan ini disebabkan penyakit atau kecederaan pada otak.
self-advocacypembelaan diriKejururawatanTiadaKebolehan individu berkomunikasi dengan berkesan, berunding dengan tegas akan keperluan dan haknya termasuk membuat keputusan dan menerima tanggungjawab atas keputusan tersebut.
telex serviceperkhidmatan teleksPentadbiran PerniagaanTiadaPerkhidmatan untuk berkomunikasi menggunakan peralatan tertentu iaitu telepencetak untuk jarak tertentu dan bayaran tertentu.
speakerphonefon pembesar suaraSosiologiTiadaTelefon yang boleh berkomunikasi tanpa mengangkat gagang.
industrial relation systemsistem perhubungan perindustrianEkonomiTiadaTatacara berkomunikasi dalam hubungan antara pekerja dengan majikan.
face-to-face interactionInteraksi bersemukaPendidikanTiadaCara berkomunikasi yang melibatkan dua pihak atau lebih secara berdepan.
displaypaparanBiologiEkologiLakuan haiwan yang ditunjukkan untuk berkomunikasi.
conversational moderagam perbualanKejuruteraanTiadaKaedah pengendalian apabila pengguna berkomunikasi secara langsung dengan komputer dan boleh mendapatkan sambutan segera terhadap masukannya. Sinonim: ragam saling tindak.
123456

Kembali ke atas