holiday maker | pelancong | Pelancongan | Tiada | Individu yang berkunjung ke suatu destinasi semasa percutian. |
day visitor | pelawat harian | Pelancongan | Tiada | Pelawat yang berkunjung ke sesuatu tempat kurang daripada 24 jam dan tidak menginap. |
international excursionist | pelawat harian antarabangsa | Pelancongan | Tiada | Individu yang berkunjung ke luar negara tanpa bermalam. |
generating countries | negara penjana | Pelancongan | Tiada | Negara yang menghasilkan bilangan pelancong yang berkunjung ke negara lain. |
itinerant services | perkhidmatan bergerak | Pendidikan | Tiada | Perkhidmatan pendidikan atau terapi yang diberi oleh golongan profesional yang berkunjung dari satu pusat ke pusat pendidikan lain untuk membantu pelajar dalam kelas biasa atau pelajar istimewa. Contohnya rawatan fisioterapi bagi pelajar yang mempunyai masalah pergerakan, pertuturan dan kecacatan pendengaran. |
point-of-purchase advertisement | iklan di tempat belian | Komunikasi | Korporat | Bahan pameran atau bahan peragaan yang digunakan untuk mengiklankan sesuatu barangan atau perkhidmatan di dalam atau di sekitar kawasan penjualan barangan. Bahan pameran yang digunakan boleh terdiri daripada poster, sepanduk, bahan peragaan tingkap, peragaan lantai, peragaan dinding atau kios elektronik. Bahan pameran tersebut biasanya berfungsi untuk mempengaruhi keputusan pengguna supaya mendapatkan barangan tersebut setelah mereka didedahkan dengan maklumat awal barangan berkenaan di media cetak dan media elektronik. Apabila bakal pelanggan berkunjung ke tempat jualan, sekali lagi pelanggan akan terdedah dengan maklumat barangan melalui peragaan dan pameran di tempat tersebut. |