platy | berlapis-lapis | Pertanian | Tiada | Tiada |
hibernaculum | hibernakulum | Biologi | Ekologi | Satu lapisan tebal, biasanya berlapis-lapis, pada bukaan cangkerang siput yang terbentuk semasa penghibernatan. |
laminated wood | kayu berlamina | Kesenian | Tiada | Kepingan kayu yang dibuat secara berlapis-lapis untuk menambahkan kekuatannya. |
laminated glass | kaca berlamina | Kesenian | Tiada | 2. Kepingan kaca yang dibuat secara berlapis-lapis untuk menambahkan kekuatannya. |
musculo-epithelium cell | sel muskuloe-pitelium | Biologi | Histologi dan Sitologi | Sel turus yang berlapis-lapis, seperti lapisan luar dan lapisan sel haiwan, yang memiliki cuaran pencerut yang memanjang ke dalam mesoglea dan boleh menggunakannya sebagai pseudopodium untuk mendapatkan bahan makanan serta merembeskan enzim pencerna. Apabila mencerut, cuaran pencerut ini boleh mengubah keseluruhan bentuk jasad selenterat dan boleh melakukan pelbagai jenis gerak alih. |
stratifed squamous epithelium | epitelium skuama berlintap | Biologi | Histologi dan Sitologi | Sel epitelium bak sisik yang berlapis-lapis dan biasanya terdapat pada permukaan kulit dan berfungsi sebagai lapisan pelindungan. Sel epitelium ini berpunca daripada lapisan epitelium turus yang menjadi pipih setelah ditolak keluar dan menjadikan sel-sel di permukaan kulitnya mati, lalu menjadi lapisan keratin. |
stratified columnar epithelium | epitelium turus berlintap | Biologi | Histologi dan Sitologi | Sel epitelium berbentuk turus dan berlapis-lapis yang lebih tebal daripada epitelium biasa dan biasanya terdapat pada tisu kulit di bawah epitelium skuama berlintap. |
sclerotic tylosis | tolisis sklerotik | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Tilosis yang mempunyai dinding yang sangat tebal, berlingin, berlapis-lapis, dan mempunyai pit ramifrom. Tilosis sklerotik merupakan satu bentuk sel batu. |
lamin board | bod lapis | Kesenian | Tiada | Kepingan bod yang dibuat secara berlapis-lapis untuk menambahkan kekuatannya. |
plywood | papan lapis | Kejuruteraan | Tiada | Papan yang terdiri daripada kepingan kayu atau venir yang dicantumkan secara berlapis-lapis. |