Display virtual keyboard interface
 

Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.la.ru.tan] | برلاروتن

Definisi : berlanjutan (perbualan, sesuatu keadaan, dll), berpanjangan: pemogokan tujuh puluh lima orang pekerja tersebut ~ sehingga beberapa bulan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.la.ru.tan] | برلاروتن

Definisi : berlanjutan atau berpanjangan (bkn perbualan dll). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
larut (kata kerja)
Bersinonim dengan hancur, cair, meresap;,
Kata Terbitan : berlarut-larut, berlarutan, melarutkan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
attritionkeciciran; berlarutanSejarahTiadaTiada
lingering shottangkap lengahKomunikasiTiadaTangkapan panjang yang berlarutan dalam sesuatu adegan.
chronic pain syndromesindrom nyeri kronikPerubatanTiadaKeadaan nyeri yang berlarutan atau berpanjangan dengan kesan psikologi. Keadaan ini biasanya terjadi disebabkan penyakit barah dan saraf kronik seperti barah pankreas, limpa, hati, tulang dan gaster.
ageing of concretepenuaan konkritKejuruteraanKejuruteraan BangunanProses pengerasan konkrit yang berlaku di dalam jangka masa yang panjang. Tindak balas kimia di antara simen dan air akan berlarutan bertahun-tahun lamanya yang mengakibatkan konkrit terus mencapai kekuatan.
wasting syndromesindrom susut badanAIDSTiadaKeadaan susut berat badan yang dialami oleh pesakit HIV/AIDS sehingga 10% daripada berat badan asal. Tanda-tanda lain termasuk diarea kronik, keletihan kronik dan demam berlarutan sehingga melebihi 30 hari.
twenty-four hours clausefasal dua puluh empat jamPentadbiran PerniagaanTiadaFasal di bawah polisi kargo marin, biasanya untuk barang yang disejukkan, yang menetapkan bahawa kelewatan merupakan peril yang diinsuranskan, termasuk risiko kerosakan peralatan. Fasal ini juga menghendaki sesuatu kerosakan mesti berlarutan sekurang-kurangnya 24 jam sebelum tuntutan boleh dibayar.
acclimatizationpenyesuaian iklimVeterinarTiadaPerubahan-perubahan yang dilakukan oleh ternakan dalam menghadapi pelbagai tekanan persekitaran seperti perubahan panjang siang, suhu udara, kelembapan, angin dan sebagainya. Contoh perubahan yang dilakukan oleh ternakan ialah bernafas dengan pantas, melindungi diri di bawah teduhan, kekurangan selera makan dan perubahan berat badan. Perubahan ini akan berlarutan selama 2 hingga 4 minggu. Antara kaedah yang digunakan untuk mengatasi perubahan ini ialah dengan memberi ubat antitekanan seperti vitamin dan makanan diperkaya.
angel dustangel dustKimiaForensikNama lain, fensiklidina, PCP. Ubatyang sangat berbahaya dengan pola kesan yang unik. Pada dos yang rendah, kesannya menyerupai kesan alkohol. Pada dos yang lebih tinggi, kesannya bermula dengan halusinasi diikuti dengan kelakuan yang mungkin menjadi garang dan mencederakan diri sendiri. Ubat ini juga mengakibatkan kesan psikosis yang berlarutan berminggu-minggu lamanya. Ubat ini kini menjadi salah satu dadah jalanan yang paling lazim di temui. Dos maut adalah lebih kurang I mg/kg bagi orang dewasa. Kesan fizikalnya termasuk kekejangan, koma, dan mati akibat jantung terhenti. Sinonim fensiklidina.
blockingpengadanganSainsHidrometeorologiRintangan besar-besaran kepada gerakan lazim barat ke timur siklon dan antisiklon yang berpindah-pindah. Suatu keadaan pengadangan diiringi arus meridian yang nyata di aras atas dan selalunya mengandungi satu atau lebih peredaran antisiklon tertutup di latitud tinggi dan peredaran siklon di latitud rendah (tekanan tinggi terpisah dan tekanan rendah terpisah). Corak peredaran yang luar biasa ini (adangan) pada kebiasaannya agak pegun atau bergerak perlahan ke arah barat dan berlarutan selama seminggu atau lebih.
posttraumatic stress disorderkecelaruan stres postraumatik (PSTD)PsikologiPsikologi UmumReaksi tekanan atau gangguan psikologi tertangguh yang muncul beberapa bulan atau tahun selepas sesuatu kejadian buruk sehingga mengganggu kesejahteraan individu tersebut. Contohnya, individu yang pernah mengalami kejadian traumatik seperti peperangan, rogol, keganasan atau penyeksaan akan mengalami semula tekanan selepas beberapa bulan atau tahun. Malah, bagi sesetengah negara maju didapati seorang daripada 12 orang dewasa akan mengalami PSTD sekali dalam seumur hidupnya yang boleh berlarutan sehingga 10 tahun.
12

Kembali ke atas