[ber.lin.dung] | برليندوڠ
Definisi : 1. = berselindung tidak menampakkan diri (kpd orang), bersembunyi: Si Lamat hendak mencari tempat ~ di dlm belukar itu; 2. berteduh, bernaung, memohon pertolongan orang lain: ramai penduduk negeri itu yg telah lari ~ diri ke negeri Normandy; 3. = berselindung tidak terang-terangan (melakukan sesuatu), dgn diam-diam, tidak ketara: manakala saya melihat Aminah berkata dgn tidak berselindung itu, saya pun kasihan kepadanya; dia tidak berani menentang secara berterang-terangan hanya secara ~ sahaja; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[ber.lin.dung] | برليندوڠ
Definisi : 1 berada di sesuatu tempat supaya tidak kelihatan; berselindung; bersembunyi: Ia pergi ~ di balik sebatang pohon. 2 memohon pertolongan orang lain; bernaung: Semasa perang, banyak askar yg ~ diri di rumah-rumah peladang. 3 tidak terang-terang; tidak ketara; berselindung: Mereka cuma menentang secara ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)