Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.lum.ba] | برلومبا

Definisi : , berlumba-lumba, berlumbaan, berlumba-lumbaan berdahulu-dahuluan, ber­lawanan: kaum wanita berjuang dan berlumba­-lumba mencapai kemajuan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.lum.ba] | برلومبا

Definisi : berlawan siapa yg dahulu (sampai, siap dll); berdahulu-dahuluan; beradu cepat: Mereka ~ mencari kekayaan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berlumba

Puisi
 

Ikan sepat mudik ke hulu,
     Lumba-lumba mudik berkawan;
Saya berhajat dari dahulu,
     Hendak berlumba denganmu tuan.


Lihat selanjutnya...(2)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
six day racelumba enam (6) hariSukanLumba BasikalPerlumbaan yang berlangsung enam (6) hari berterusan,dengan sekurang-kurangnya 30 jam masa berlumba, yang melibatkan dua (2) atau tiga (3) pelumba dalam sesuatu pasukan.
atrial fibrillationpemfibrilan atriumVeterinarPraklinikalAritmia kardium yang bercirikan pengecutan miokardium atrium secara rawak dan cepat; menyebabkan kadar ventrikel menjadi cepat dan tidak menentu. Pemfibrilan atrium pada kuda menyebabkan prestasinya kurang memuaskan semasa berlumba. Pemfibrilan atrium pada anjing pula dikaitkan dengan penyakit koronari seperti kardiomiopati kongestif idiopatik dan ketidakseimbangan elektrolit.
dolphinlumba-lumbaPerikananTiadaIkan daripada kelas Cetacean, suborder Odontoceti. Terdapat sembilan famili lumba-lumba yang hidup di laut dan sebahagian kecil lagi hidup di sungai. Ikan daripada jenis mamalia laut ini suka melompat, berlumba atau bermain di permukaan air semasa bot atau kapal sedang bergerak. Ikan ini berpotensi sebagai daya tarikan rekreasi marin dan menjadi petunjuk kehadiran ikan rekreasi lain, seperti tuna.
animal fantasyfantasi binatangKesusasteraanTiadaKarya fantasi yang berkisar tentang binatang atau yang berkaitan dengan alam kehidupan binatang. Naratifnya biasanya penuh khayalan serta imaginasi, dan dianggap tidak logik oleh akal rasional. Kehidupan binatang yang dimaksudkan ialah alam utopia, tidak berpijak di bumi nyata, dan tidak dapat dibuktikan kewujudannya. Watak yang memainkan peranan dalam cerita ini terdiri daripada binatang yang �boleh berfikir� dan berkomunikasi sesama mereka. Biasanya, cerita fantasi binatang muncul daripada tradisi cerita rakyat yang hidup subur dalam masyarakat lisan zaman silam. Contoh fantasi binatang yang terkenal dalam kesusasteraan Melayu ialah Hikayat Sang Kancil. Contoh lain termasuklah cerita Sang Kancil Menipu Gergasi. Sang Kancil Menghukum Buaya, dan Sang Kancil Berlumba dengan Siput. Lihat juga epik binatang.

Kembali ke atas