charity principle | prinsip amal | Pentadbiran | Tiada | Doktrin dalam tanggungjawab sosial yang memerlukan indivudu yang bernasib baik membantu ahli dalam masyarakat yang kurang bernasib baik. |
asylum | asilum | Perubatan | Tiada | 2. Asilum: Institusi tempat orang yang tidak bernasib baik dijaga. 3. Hospital untuk pesakit mental. |
social security | jaminan sosial | Gerontologi | Tiada | Langkah-langkah yang diambil oleh pihak tertentu untuk membantu ahli dalam sesebuah masyarakat yang kurang bernasib baik seperti tiada pekerjaan, tua dan tidak berkeupayaan. |
social welfare | kebajikan sosial | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Usaha atau tindakan yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan bagi menyediakan kemudahan asas kepada golongan yang kurang bernasib baik dalam masyarakat. Kebajikan sosial melibatkan usaha atau program yang berbentuk peningkatan kualiti kehidupan seperti penyediaan kemudahan asas, perumahan baru, peningkatan pendapatan, peluang kerjaya dan penyaluran subsidi. Fokus utama kebajikan sosial adalah kepada golongan miskin, warga tua, orang kurang upaya, pelajar dan kumpulan minoriti. Antara contoh kebajikan sosial ialah PPRT, rumah kebajikan anak yatim dan rumah seri kenangan. |