Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.pa.du] | برڤادو

Definisi : 1. bercampur menjadi satu, menjadi sebati: ketiga-tiga buah kesatuan itu telah ~ menjadi satu; zat besi mudah ~ dgn oksigen; 2. bercampur, bergaul: senyum dan tangis ~ menyambut kepulangannya; 3. menjadi beku dan keras (darah dll); 4. teguh (kukuh, utuh) dan kuat kerana sudah bersatu; ~ padan a) bergaul (bergabung, bercampur) dan menjadi satu benar; b) bermuafakat, ber­mesyuarat, berunding, memadankan (menye­suaikan) fikiran; ~ suara a) berduet; b) ki menjadi satu, berbaur: angin laut dan desir ombak ~ suara; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.pa.du] | برڤادو

Definisi : 1 bercampur menjadi satu; menjadi sebati benar: Zat besi mudah ~ dgn oksigen. 2 bergabung dlm satu pasukan atau kesatuan: Seluruh rakyat Malaysia ~ menentang penjajahan. 3 bercampur dgn; bergaul: Suka dan duka ~ mengharukan hati. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
padu (adjektif)
1. Bersinonim dengan mampat: padat, tumpat, pejal, kimpal, rapat, ketat, penuh, sarat, sendat,
Berantonim dengan longgar

2. Bersinonim dengan kukuh: teguh, utuh, kuat,
Berantonim dengan lemah

Kata Terbitan : bersepadu, berpadu, memadu, memadukan, terpadu, paduan, pemaduan, kepaduan, perpaduan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
hydridehidridaKimiaTiadaSebatian tak organik yang terbentuk apabila hidrogen berpadu dengan unsur lain. Umumnya, hidrida terbahagi kepada hidrida ionik dan hidrida kovalen. Hidrida ionik terbentuk apabila hidrogen berpadu dengan unsur logam yang elektropositif daripada kumpulan IA dan IIA, seperti natrium untuk membentuk naatrium hidrida, NaH. Hidrida kovalen terbentuk apabila hidrogen berpadu dengan unsur bukan logam, seperti sulfur untuk membentuk hidrogen sulfida, H2S. Nombor pengoksidaan hidrogen di dalam hidrida ionik ialah –1, manakala di dalam hidrida kovalen, +1.
nucleoproteinnukleoproteinBioteknologiTiadaSebatianyang mengandungi asid nukleik, iaitu DNA atau RNA yang berpadu dengan protein. Pada sel eukariot,DNA nukleus berpadu dengan protein histon dan protamina.
combustionpembakaranKimiaTiadaTindak balas yang berlaku apabila oksigen berpadu dengan sesuatu bahan untuk menghasilkan sebatian oksida dan membebaskan tenaga haba atau cahaya. Misalnya, pembakaran magnesium menyebabkan magnesium berpadu dengan oksigen untuk menghasilkan magnesium oksida, haba, serta cahaya yang terang.
age integratedberpadu umurGerontologiTiadaPelbagai peringkat umur dalam sesuatu komuniti yang sama.
combining capacitykebolehan berpaduFizikTiadaTiada
integrative actiontindakan berpaduPendidikanTiadaTiada
integrative classkelas berpaduPendidikanTiadaTiada
unified experiencepengalaman berpaduPendidikanTiadaTiada
united atomatom berpaduKimiaTiadaTiada
integrated communitymasyarakat berpaduSejarahTiadaTiada
12345

Kembali ke atas