Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.pe.gang] | برڤݢڠ

Definisi : 1. memaut sesuatu dgn tangan, berpaut (pd), berkuat (pd): ia ternampak seorang budak hanyut yg ~ pd sekeping papan; Zaini terhuyung-hayang mencari tempat utk ~; ~ tangan a) berganding tangan; b) bekerjasama, bahu-membahu; 2. berpedo­man atau berpandu kuat (pd): mereka ~ kukuh pd adat dan agama; ~ pd yg benar; ~ pd prinsip-prinsip tertentu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.pe.gang] | برڤݢڠ

Definisi : 1 membuat tangan memaut sesuatu; berpaut: Sambil berjalan, ia ~ pd tangan ibunya. 2 tetap mengambil sesuatu sbg pedoman atau petunjuk: Mereka kuat ~ pd agama dan adat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pegang
Kata Terbitan : berpegang, berpegang pada, berpegangan, memegang, pegangan, pemegang,

Puisi
 

Sayang Serani Cina ulaman,
     Sedikit tidak berbuah lagi;
Sudah berjanji berpegang tangan,
     Sedikit tidak berubah hati.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Akar terjumbai tempat siamang berpegang (= bergantung),
     dahan mengajur tempat tupai menegun.

Bermaksud :

Daripada keterangan, orang dapat mengetahui salah atau benarnya perbuatan seseorang. jumbai = rumbai; menegun = berhenti sebentar.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
individualismindividualismeKesusasteraanTiadaFahaman yang berpegang kepada pendapat bahawa kepentingan individu menjadi tujuan utama dalam perjuangan atau perlakuan manusia.
realistrealisKesusasteraanTiadaOrang yang berpegang kepada realisme.
pessimismpesimismeKesusasteraanTiadaFahaman yang berpegang kepada kepercayaan yang negatif, masalah hilang kepercayaan atau putus harapan dan berburuk sangka kepada suasana keliling.
pragmatismpragmatismeKesusasteraanTiadaFahaman yang berpegang bahawa sesuatu perkara itu harus dilakukan secara praktik.
deismdeismeKesusasteraanTiadaFahaman yang berpegang kepada kewujudan Tuhan tetapi tidak menerima wahyu atau ilham atau rukun-rukun agama, muncul pada abad ke-17 dan ke-18.
racialismrasialismeSejarahTiadaFahaman yang berpegang kepada perbezaan bangsa atau diskriminasi bangsa dengan bersikap prejudis atau prasangka kepada bangsa lain.
patriotismpatriotismeSejarahTiadaFaham yang berpegang kepada kepercayaan atau semangat yang mendalam mencintai tanah airnya serta sanggup mempertahankan atau memperjuangkan kebebasan atau hak negara.
pessimistpesimisSejarahTiadaOrang yang berpegang kepada sifat negatif yang mudah hilang kepercayaan atau putus harapan dan berburuk sangka kepada suasana keliling.
pessimismpesimismeSejarahTiadaFahaman yang berpegang kepada kepercayaan yang negatif, masalah hilang kepercayaan atau putus harapan dan berburuk sangka kepada suasana keliling.
presentistkinianSejarahTiadaOrang yang berpegang kepada kepercayaan bahawa ramalan turunnya wahyu sedang berlaku dan menuju ke arah pelaksanaan sepenuhnya.
123456

Kembali ke atas