health for all | kesihatan untuk semua | Kejururawatan | Tiada | Keadaan yang memastikan semua individu berpeluang menerima perkhidmatan kesihatan asas dengan tiga objektif utama, iaitu promosi gaya hidup sihat, pencegahan dan rawatan penyakit. |
teaching practice | latihan mengajar | Pendidikan | Tiada | Program guru pelatih dikehendaki mengajar di sekolah dan berpeluang mengaplikasikan teori yang dipelajari. Dalam tempoh mengajar, guru pelatih dibimbing dan dinilai. |
da capo aria | da capo aria | Muzik | Tiada | Aria daIam bentuk ABA. Bahagian A diulangi selepas B. Ulangan A biasanya diimprovisasikan dan divariasikan dengan ton hiasan supaya penyanyi berpeluang mempamerkan teknik virtuoso. Da capo aria merupakan salah satu bentuk yang terpenting pada akhir abad ke-17 hingga abad ke-18. |
remote audience | khalayak terpencil | Komunikasi | Korporat | Khalayak yang mendapat maklumat melalui penggunaan perantara elektronik. Jenis khalayak ini berada jauh daripada sumber maklumat atau berada di luar kawasan sumber maklumat seperti stesen radio atau televisyen utama, atau sumber elektronik lain seperti Internet, dalam keadaan berlompok atau bertaburan. Khalayak ini boleh terdiri daripada kelompok atau bertaburan. Khalayak ini boleh terdiri daripada kelompok petani, pelajar, atau peserta pendidikan jarak jauh. Khalayak terpencil juga boleh terdiri daripada kelompok tidak dikenal pasti tetapi masih terdedah kepada maklumat tersebut. Penentuan kedudukan khalayak terpencil bertujuan untuk membolehkan khalayak yang berada di luar lingkungan sumber maklumat ini berpeluang untuk berhubung secara langsung bagi mendapatkan dan berkongsi maklumat. |