this office is of the opinion | pejabat ini berpendapat | Pentadbiran | Tiada | Tiada |
behaviour modification | ubah suai laku | Pentadbiran | Tiada | Teknik motivasi yang berpendapat bahawa individu boleh didorong untuk bekerja dengan menyediakan persekitaran kerja yang baik dan memuji prestasi kerjanya. Sinonim:positive reinforecement. |
disease tetrahedron | tetrahedron penyakit | Biologi | Patologi | Ubahsuaian daripada segi tiga penyakit yang berpendapat bahawa adanya faktor persekitaran yang sangat penting, iaitu manusia yang mempunyai hubungan dengan patogen, perumah dan persekitaran. Manusialah yang telah banyak menganggu keseimbangan persekitaran hingga timbulnya banyak epidemi. |
qard | hutang | Perniagaan Islam | Tiada | Akad pemberian atau pembayaran wang atau harta milik pemiutang kepada penghutang mengikut perjanjian. Jumhur fuqaha berpendapat bahawa qard boleh berlaku bagi semua jenis barangan sama ada jenis mithli seperti emas, perak dan makanan atau jenis qimi seperti produk perniagaan dan haiwan. Sinonim qard haqiqi. |
homology | homologi | Kesusasteraan | Tiada | Persamaan dalam bentuk struktur fikiran. Lucien Goldman, seorang ahli teori sosiologi Rumania menamai bentuk persamaan ini sebagai homologi. Goldman berpendapat struktur fikiran bukan suatu struktur linguistik tetapi merupakan corak hubung kait antara konsep tertentu. Struktur sesuatu karya sastera yang dihasilkan itu mempunyai persamaan atau nilai homologi dengan struktur fikiran kumpulan sosial yang diperkatakan dalam karya tersebut. |
collective unconscious | bawah sedar kolektif | Kesusasteraan | Tiada | Ciri pengalaman dalaman manusia yang dikongsi dengan manusia lain. Konsep ini diketengahkan oleh C.G. Jung. Beliau berpendapat pengalaman secara tidak sedar bukan hanya diperoleh melalui pengalaman perseorangan, tetapi juga melalui ingatan arketip atau tipa induk turun-temurun (memori ras dalam istilah Freud). Manusia digambarkan mempunyai kecenderungan semula jadi yang sama untuk mencipta simbol-simbol tertentu yang kemudiannya dimanifestasikan dalam bentuk mitos, mimpi dan cerita rakyat. Lihat juga tipa induk. |
ex gratia payment | bayaran ex gratia | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Bayaran oleh insurer kepada insured apabila tidak terdapat liabiliti di bawah kontrak. Dalam beberapa hal insurer berpendapat bahawa terdapat kesilapan atau salah faham dan ia mungkin membayar tuntutan walaupun tidak boleh dipertanggungjawabkan. |
cist (grave) | batu kepingan (kubur) | Arkeologi | Data Arkeologi dan Teknik Arkeologi | Kepingan batu granit yang disusun bersandaran antara satu sama lain seperti bentuk keranda. Heine-Geildern berpendapat amalan ini merupakan peninggalan Zaman Megalitik yang berkembang sekitar 1000-1500 M. Tinggalan kubur batu kepingan (kubur) ditemui di sekitar Lembah Bernam (Selangor), Slim River, Sungkai, Tanjung Rambutan, Batang Padang dan Changkat Menteri (Perak) manakala di Indonesia, kubur batu keping yang mempunyai pasak antara satu kepingan dengan kepingan yang lainnya telah ditemui di Gunung Kidul, Jawa Timur. Contoh artifak yang ditemui dalam kubur batu kepingan ialah manik kaca, tembikar dan logam. |
incubation period | kala pengeraman | Biologi | Patologi | Tempoh yang bermula daripada ketibaan inokulum pada suatu perumah sehingga nampak gejala pada perumah tersebut. Walau bagaimanapun, ada ahli patologi tumbuhan yang berpendapat istilah ini sama dengan kala pendam. |
chalcolithic | kalkolitik | Arkeologi | Data Arkeologi dan Teknik Arkeologi | Gabungan perkataan Greek untuk tembaga dan batu yang bermaksud artifak batu digunakan secara serentak dengan artifak logam. Di Eropah, sarjana berpendapat kalkolitik hanya wujud pada awal zaman tembaga kerana masyarakatnya belum mengetahui cara mencampurkan bahan tembaga dengan logam lain. Contohnya, di Gua Harimau (Perak) ditemui alatan batu bersama dengan acuan kapak gangsa. |