biotin | biotin | Bioteknologi | Tiada | Vitamin yang berperanan sebagai kofaktor dalam tindak balas transkarboksilatan dan dalam pengikatan karbon dioksida (bukan fotosintesis). Bahan ini diikat melalui sisa kumpulan-amino lisina di dalam apoenzim. Dalam penghasilan asid glutamik, bahan ini berperanan mengawal ketelapan sel Corynebacterium glutamicum. |
funerary goods | barangan pengebumian | Arkeologi | Data Arkeologi dan Teknik Arkeologi | Tinggalan yang ditemui di dalam kubur yang berperanan sebagai barang iringan. Tinggalan ini mempunyai fungsi untuk kegunaan si mati di alam lain dan pada waktu yang sama turut berperanan sebagai lambang atau status. Antara barangan pengebumian separti kalung tulang binatang, gelang batu, tembikar, manik dan alat batu. Kedudukan barangan ini, biasanya berada di bahagian kepala, badan, kaki dan sisi mayat. Contoh tempat bahan ini ditemui ialah di Gua Cha (Kelantan) . Gua Gunung Runtuh (Perak) dan Gua Niah (Sarawak). Sinonim bekal pengebumian. |
shariah committee | jawatankuasa syariah | Ekonomi | Ekonomi Islam | Jawatankuasa yang dianggotai oleh pakar dalam bidang syariah, perbankan dan perundangan serta dilantik oleh sebuah institusi kewangan Islam. Jawatankuasa ini berperanan untuk mengkaji dan meluluskan produk kewangan Islam yang baru. Di samping itu, jawatankuasa ini juga berperanan memantau operasi institusi kewangan Islam bagi memastikan kepatuhan terhadap peraturan syariah, dan garis pan |
public sector | sektor awam | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Bahagian perkhidmatan yang diwujudkan dan dikendalikan oleh pihak kerajaan untuk menyediakan pelbagai kemudahan dan memenuhi keperluan serta kepentingan awam. Sektor ini turut berperanan menyediakan pelbagai infrastruktur, peluang pekerjaan, kebajikan dan keselamatan dan mempermudah pelbagai urusan. Di samping itu, ia turut berperanan menguruskan pembangunan dan menjana pendapatan negara. Operasi sektor ini tidak berorientasikan keuntungan dan bertindak sebagai nadi penggerak ke arah kemajuan dan pembangunan sesebuah negara. Namun, memandangkan sifatnya yang besar dan kompleks serta sangat berhierarki, ia sering kali dilihat sebagai kurang cekap dan sarat dengan karenah birokrasi. |
dalang | dalang | Kesusasteraan | Tiada | Orang yang berperanan sebagai sutradara, pelaku yang mengucapkan dialog, bercerita, menyanyi seperti yang terdapat dalam pertunjukan-pertunjukan tradisional. Contoh: dalang dalam pagelaran wayang kulit. |
structural gene | gen struktur | Bioteknologi | Tiada | Gen yang berperanan mengekod sesuatu polipeptida. bd. gen pengawal atur. |
dalang | dalang | Kesenian | Drama dan Teater | Tokoh yang berperanan sebagai tunggak utama dalam persembahan wayang kulit. Dalang bertindak sebagai tokoh pencerita, penggerak boneka dan pemimpin ensembel muzik kerana dalang memberikan petunjuk kepada pemuzik yang mengiringi persembahannya. |
kinescope | kineskop | Kejuruteraan | Tiada | 2. Tiub sinar katod yang berperanan sebagai tiub gambar pada penerima televisyen.,3. Rakaman filem yang dibuat daripada atur cara televisyen pada tiub gambar dan digunakan sebagai rakaman kekal atau untuk penyiaran semula. |
macrostate | makrokeadaan | Kejuruteraan | Tiada | Keadaan yang keindividualan elektronnya tidak berperanan. |
investment banker | bank pelaburan | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Ejen yang berperanan memberi khidmat nasihat dan menanggung jamin sesuatu terbitan baru. |