Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.pi.sah] | برڤيسه

Definisi : 1. tidak berhubungan (tidak berdampingan, tidak rapat, dll), bercerai: hendaknya Tuhan yg Maha Mengasihani akan menemukan saya dgn ayah sesudah sekian tahun ~; mengucapkan selamat ~ mengucap­kan selamat semasa hendak meninggalkan seseorang; 2. berenggang, berjarak, berjauhan; hidup ~ Id suami isteri yg belum bercerai tetapi tidak tinggal serumah lagi; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.pi.sah] | برڤيسه

Definisi : tidak berhubung antara satu dgn yg lain; tidak rapat atau tidak berdampingan kedudukannya; berenggang; berjauhan: Dr Ipoh kami bersama, sesampai di Kuala Lumpur, kami ~. Kedua-dua kota itu letaknya ~ beratus-ratus batu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Anak kodok di atas batu,
     Anak bubut patah kaki;
Berdagang hidup sementara waktu,
     Bercerai maut berpisah abadi.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Bagai beliung dengan asahan.

Bermaksud :

Tidak pernah berpisah.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
separated personorang berpisahKependudukanTiadaTiada
separated personorang berpisahSosiologiTiadaTiada
split line sourcepunca garis berpisahKejuruteraanTiadaPunca Mossbauer yang menghasilkan garis spektrum yang terpisah.
monadmonadBiologiGenetikKromatid yang telah berpisah dan bergerak ke kutub semasa peringkat anafasa pembahagian meiosis kedua.
ramensramentsBiologiGenetikTunas yang boleh berpisah daripada tumbuhan atau haiwan dan menghasilkan anak secara aseks yang seiras antara satu sama lain dan dengan induknya. Anak spesifik terhasil melalui penunasan aseks daripada organisma leluhur tunggal.
exconjugantekskonjunganBiologiMikrobiologiOrganisma yang telah berpisah selepas proses konjugasi.
replication forkcabang pereplikaanBiologiGenetikTitik tempat DNA dupleks induk berpisah supaya pereplikaan dapat berlaku.
adhesivepelekat; melekatPerubatanTiada2. Bahan yang melekatkan dua permukaan yang berpisah tetapi berhampiran.
afterbodyrangka lepasAeroangkasaTiadaBahagian pesawat yang memasuki ruang udara selepas berpisah daripada bahagian induknya.
accessory glandkelenjar aksesoriBiologiHistologi dan Sitologi1. Bahagian kelenjar yang berpisah. 2. Kelenjar yang berkait dengan duktus pembiakan (genital).
12345

Kembali ke atas