Display virtual keyboard interface
 

Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.pu.luh.pu.luh] | برڤولوه- ڤولوه

Definisi : beberapa puluh, banyak puluh: ia menelefon ~ kali banyaknya; pengarang-pengarang telah berjaya menghasilkan ~ tajuk setahun; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.pu.luh.pu.luh] | برڤولوه- ڤولوه

Definisi : banyak kali puluhnya; beberapa puluh: Dia tinggal di sini sudah ~ tahun. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
puluh
Kata Terbitan : berpuluh-puluh,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
schlierensylierenGeologiTiadaJasad tabular, biasanya dari beberapa inci hingga berpuluh-puluh kaki panjang, yang terdapat pada batuan pluton, mempunyai mineralogi umum yang sama dengan batuan pluton tetapi berwarna lebih gelap atau lebih cerah disebabkan oleh perbezaan dalam nisbah mineral.
polyembryonypoliembrioniBiologiEntomologiPembiakan luar biasa yang menghasilkan beberapa atau berpuluh-puluh embrio daripada satu telur yang disenyawakan. Proses ini berlaku pada kebanyakan spesies parasitoid Hymenoptera.
juke boxkotak jukeTeknologi MaklumatTiadaPeranti dalam rangkaian yang menyimpan dan memainkan cakera optik berdasarkan permintaan pengguna. Kotak juke mempunyai berpuluh-puluh slot cakera . Untuk mencapai cakera dari slot masing-masing, peranti pemungut akan menyelusur slot atau slot cakera akan bergerak menjajari peranti pemungut. Prestasi jangkauan bergantung kepada susunan slot dan peranti pemungut dan juga berdasarkan ruang di antara cakera dengan peranti pemungut. Masa jangkauan adalah sekitar 85 milisaat manakala kadar pindahan adalah kira-kira 700 Kbit sesaat. Kotak juke digunakan untuk persekitaran storan bermuatan tinggi seperti pengimejan, pengarkiban dan pengurusan storan berhierarki (HSM).
terombaterombaKesusasteraanTiadaBentuk puisi Melayu tradisional yang mengandungi susunan undang-undang dan adat yang disampaikan dalam bentuk puisi. Ungkapan teromba terbentuk bebas, dan panjang rangkapnya tidak tetap. Teromba boleh terdiri daripada dua hingga berpuluh-puluh baris serangkap. Teromba mengandungi pemerian tentang salasilah adat, norma dan undang-undang adat yang terpakai dalam adat perpatih dalam kalangan masyarakat Melayu Minangkabau. Baris teromba sering mengandungi peribahasa berangkap yang membawa tema perumpamaan, kiasan, atau perbandingan. Istilah yang dipakai bersama teromba ialah terasul dan tombo. Terasul merujuk kepada cara penggunaan, pengamalan dan penurunan adat dalam situasi yang sebenar. Contohnya penggunaannya dalam majlis perbincangan beradat seperti dalam upacara pertunangan. Sementara tambo bermaksud kisah atau peristiwa sejarah, catatan sejarah atau kronikal. Kini tambo merujuk kepada kisah berunsur sejarah yang tersusun dalam bahasa yang tetap, dan dalam bentuk puisi yang sama seperti teromba. Namun, keti

Kembali ke atas