Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.pu.sing] | برڤوسيڠ

Definisi : 1. berputar (baling-baling, kipas, roda, dll): enjin sebuah motokar ~ 4 12 kali tiap-tiap kali rodanya ~; bumi ~ di paku alamnya; 2. beralih hala, berubah arah: kanak-kanak disuruh menghadap ke arah utara, kemudian disuruh ~ ke arah timur; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.pu.sing] | برڤوسيڠ

Definisi : 1 bergerak berkeliling; berlegar: Setengah jam lamanya, kapal terbang itu ~ di atas bandar Kuala Lumpur sebelum mendarat di Subang. Selepas ~ di Kuala Lumpur, kami balik semula ke Kelang. 2 bergerak di atas paksinya sendiri (bkn roda, gasing dll); berputar; berkisar: Kipas itu ~ dgn ligatnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pusing
Kata Terbitan : berpusing, berpusing-pusing, memusingkan, pusingan, pemusingan,

Puisi
 

Burung merbuk burung merpati,
     Terbang berpusing hala bendang;
Wajah elok menawan hati,
     Siang malam hamba terkenang.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Ibarat gasing: berpaku tetap berpusing,
     tak berpaku merayau.

Bermaksud :

Lelaki yang sudah beristeri, biar bagaimanapun ia berjalan namun ia tetap akan kembali ke rumahnya juga.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
revolving cake standtempat kek berpusingPentadbiran PerniagaanTiadaTempat kek yang berkaki seperti pahar dan boleh berpusing-pusing untuk memudahkan menghias kek.
uri matiuri matiKesenianTiadaUri yang tidak sah dan tidak dikira atau dibenarkan dalam permainan gasing pangkah. 1. Uri pemusing yang berpusing di luar bulatan sebelum dipangkah. 2. Uri pemusing yang berpusing di luar gelanggang setelah dipangkah. 3. Pusingan gasing yang disentuh selain daripada tali oleh pemain regu ketika gasing sedang berpusing di dalam gelanggang.
gyroplanepesawat giroAeroangkasaTiadaPesawat udara yang rotornya berpusing tanpa kuasa enjin kecuali semasa permulaan.,Satu tatacara penerbangan yang dilakukan menurut peraturan penerbangan alatan.,Pesawat udara yang rotornya berpusing tanpa kuasa enjin kecuali semasa permulaan.
uri hidupuri hidupSukanTiadaUri yang sah dan dikira atau dibenarkan. 1. Uri pemusing yang berpusing dalam bulatan sebelum dipangkah dalam permainan gasing pangkah. 2. Uri pemusing yang berpusing dalam gelanggang setelah dipangkah dalam permainan gasing pangkah.
turning diskcakera berpusingKomunikasi MassaTiadaTiada
revolving framebingkai berpusing/bingkai pusarKomunikasi MassaTiadaTiada
swing headkepala berpusingKomunikasi MassaTiadaTiada
circular flowaliran berpusingGeografiTiadaTiada
circular causalitykesebaban berpusingGeografiTiadaTiada
circular mobilitykegerakan berpusingGeografiTiadaTiada
1234567

Kembali ke atas