litany | litani | Kesusasteraan | Tiada | 1. Serangkaian doa terdiri daripada untaian permohonan dan pujian atau kebaktian bersama yang dinyanyikan bersahut-sahutan.,2. Pembacaan puisi secara bersama dan bersahut-sahutan. |
catch | tampan) | Kesusasteraan | Tiada | 3. Kata-kata hiburan yang lucu dalam gaya bersahut-sahutan. |
litany | litani | Kesusasteraan | Tiada | Rangkaian doa yang diucapkan oleh pasukan koir gereja. Litani mengandungi untaian permohonan, pujian dan kebaktian yang disampaikan bersama-sama, bersahut-sahutan atau berulang-ulang. Jenis pengulangan ini ditiru daripada sajak duniawi Barat yang menyentuh pelbagai topik, sama ada berkaitan dengan agama, falsafah atau sentimen lagu. Isinya boleh bersifat bersungguh-sungguh atau ejekan, namun pengulangan yang terdapat dalam sajak ini masih dianggap tinggi nilai sasteranya. |
dikir barat | dikir barat | Muzik | Tiada | Nyanyian berpantun dengan gaya bersahut-sahutan antara penyanyi solo pertama yang dikenali sebagai juara atau tok juara dengan korus yang dikenali sebagai awok-a wok. Dikir barat merupakan sejenis hiburan sekular rakyat Melayu Kclantan semasa majlis perkahwinan atau majlis keramaian. Tok Juara memulakan sesuatu lagu dengan nyanyian solo tanpa iringan. Manakala penyanyi solo kedua pula bertindak sebagai tukang karut. Tukang karut ini akan mengarang pantun secara spontan. Teksnya berkaitan dengan kehidupan seharian, mesej politik atau pembangunan negara. Dikir barat diiringi ensembel yang terdiri daripada rebana ibu dan anak, tetawak, canang dan marakas. |
boria | boria | Muzik | Tiada | Tenter popular di Pulau Pinaog. Boria mula diperkenalkan pada abad ke-19 oleh keturunan Jawi Peranakan dan popular da lam kalangan urang Melayu. Boria terdin daripada sketsa lawak jenaka, nyanyian vokal dan tarian. Lagu dinyanyikan secara bersahut-sahutan antara tukang karang dengan korus. Korus ini juga dikenali sebagai sailors. Ensembelnya terdiri danpada biola, gambus, marwas, tabla, akordion, simbal, harmonika dan alat muzik Barat yang lain. Muziknya mengikut peredaran zaman, sementara liriknya tertumpu pada puisi, sajak dan isu semasa. |
hadrah | hadrah | Muzik | Tiada | Tarian dan muzik yang berkaitan dengan nyanyian zikir. Nyanyian ini berbentuk puisi yang memuji Nabi Muhammad SAW. Persembahan biasanya melibatkan nyanyian 8-12 fasal daripada Kitab Zikir. Gaya nyanyian secara bersahut-sahutan antara dua kumpulan korus. Di Perlis, ensembel ini dikenali sebagai hadrah, sementara di Terengganu, dikenali sebagai rodat. Ensembel hadrah terdiri daripada beberapa buah rebana yang dikenali sebagai gendang hadrah. Ensembel rodat pula terdiri daripada tar rodat, iaitu rebana kercing. Ensembel ini dimainkan dalam majlis keramaian. Sinonim rodat. |