Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.salah] | برساله

Definisi : 1. melakukan sesuatu yg salah (spt melanggar hukum dsb): jika aku yg ~, aku minta ampun; mereka menjatuhkan hukuman bunuh ke atas orang yg ~; 2. ada salahnya, mempunyai salah: sesiapa yg ~ lima, tidak akan lulus; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.salah] | برساله

Definisi : berbuat sesuatu yg salah; ada salahnya: Jika aku ~, aku minta maaf. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bersalah

Peribahasa

Lain bengkak lain bernanah.

Bermaksud :

Orang lain yang bersalah, orang lain pula yang menanggung akibatnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Meletup di sana, di sini bunyinya).

 

Lihat selanjutnya...(17)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
miscarriage of justiceketidakadilanUndang-undangUndang-undang AntarabangsaKegagalan mahkamah dalam mentadbir keadilan sehingga menyebabkan seseorang yang tidak bersalah disabitkan bersalah. Ketidakadilan berlaku apabila mahkamah tidak membenarkan tertuduh membawa saksi atau diwakili oleh peguam, atau perbicaraan dilakukan secara tertutup. Dalam konteks undang-undang antarabangsa, ketidakadilan dapat dielakkan apabila negara menghormati hak individu untuk mendapatkan perbicaraan adil sebagaimana yang terdapat dalam Waad Antarabangsa Hak Sivil dan Politik 1966.
admission of guiltpengakuan bersalahUndang-undangUndang-undang AntarabangsaPernyataan oleh seseorang yang dituduh melakukan jenayah bahawa dia telah melakukan jenayah dan tidak mempunyai pembelaan atau wajaran. Mahkamah atau tribunal jenayah perlu memastikan si tertuduh memahami sifat dan akibat pengakuan bersalah tersebut dan pengakuan itu dilakukan secara sukarela selepas perbincangan dengan peguam bela. Dengan pengakuan ini, si tertuduh akan disabitkan bersalah dan dihukum oleh mahkamah atau tribunal jenayah. Amalan ini dipakai dalam undang-undang jenayah antarabangsa.
guiltybersalahUndang-undangTiadaTiada
guilty feelingperasaan bersalahPsikologiTiadaTiada
non-culpabletak bersalahUndang-undangTiadaTiada
not guiltytidak bersalahUndang-undangTiadaTiada
plead guiltymengaku bersalahUndang-undangTiadaTiada
sexual quiltperasaan bersalah jantinaPsikologiTiadaTiada
sexual guiltperasaan bersalah jantinaPsikologiTiadaTiada
guilt complexkompleks rasa bersalahPendidikanTiadaTiada
1234

Kembali ke atas