convict | banduan | Sejarah | Tiada | 1. Orang yang didapati oleh mahkamah bersalah atas dakwaan atau tuduhan serta dihukum penjara.,2. Perbuatan membuktikan atau menunjukkan secara jelas kesilapan biasanya kejahilan dalam sejarah, terlihat dalam penulisan yang dihasilkan. |
benefit of the doubt | faedah kesangsian | Undang-undang | Tiada | 1. Faedah yang diberikan kepada yang dituduh apabila terdapat keadaan dan kenyataan yang menimbulkan keraguan kerana mempunyai dua interpretasi, satu memihak pendakwa, sementara yang satu lagi menyokong pihak pembela.,2. Faedah yang diberikan apabila wujud keraguan supaya keperluan dipenuhi, kepentingan dipelihara, dan faedah atau manfaat diperoleh.,3. Tolak ansur atau konsesi untuk menganggap bahawa seseorang itu tidak bersalah, apabila sangsi atau waswas kerana kekurangan bukti atau keterangan atau kenyataan. |
insanity defense | pembelaan tak siuman | Psikologi | Psikologi Umum | Pengakuan yang sah dari segi undang-undang bahawa seseorang itu tidak dapat membezakan antara perkara yang salah dengan yang tidak salah semasa melakukan jenayah. Individu yang melakukan jenayah ini biasanya mengalami gangguan mental atau kecelaruan psikologi. Di Amerika Syarikat, pembunuhan yang dilakukan oleh orang yang tidak siuman dianggap sebagai tidak bersalah. Walau bagaimanapun, tidak semua orang yang mengalami masalah psikologi boleh dianggap sebagai tidak siuman. Individu yang mempunyai gangguan delusi yang teruk sahaja boleh dimasukkan dalam kategori tidak siuman. Namun, tidak banyak kes perbicaraan yang melibatkan pembelaan tak siuman. Berdasarkan kajian Phillips, Wolf dan Coons (1988), walaupun khalayak beranggapan kes pembelaan tak siuman ini banyak berlaku dalam kes mahkamah sehingga 37% tetapi data yang dapat dikumpulkan tidak lebih daripada 1%. |