eternal covenant | zimmah abadi | Sejarah | Tiada | Permuafakatan atau persetujuan untuk bersama-sama sama ada waktu senang atau susah untuk selama-lamanya atau abadi. |
intercropping | tanaman selingan | Pertanian | Agroteknologi | Tanaman yang ditanam bersama-sama tanaman lain sebagai sampingan. Amalan penananam ini dilakukan dalam satu kawasan secara berselang-seli. Tujuan amalan penanaman ini adalah untuk mendapatkan sumber pendapatan yang lebih tinggi selain dapat menggunakan kawasan tanah secara optimum. Contoh tanaman selingan di Malaysia ialah penanaman koko bersama-sama kelapa. Kombinasi ini dapat memberikan manfaat kepada koko kerana pokok kelapa dapat memberikan perlindungan kepada koko yang lebih memerlukan keadaan yang bernaung. Contoh lain termasuklah tanaman getah bersama-sama pisang. Tanaman pisang boleh memberikan hasil kepada penanam sementara menunggu getah dapat ditoreh. Tanaman selingan juga dapat mengurangkan risiko perosak dan jangkitan penyakit disebabkan terdapat lebih daripada satu jenis tanaman yang mempunyai musuh-musuh yang berlainan. |
kentallenite | kentalenit | Geologi | Tiada | Monzonit berwarna gelap yang terdiri daripada augit, olivin,ortoklas dan plagioklas yang terdapat dalam jumlah yang hampir sama, bersama-sama biotit dan oksida legap. |
chemisette | kemeja kemiset | Kesenian | Tiada | 1. Kemeja linen berkolar kapuk, beropol bahagian hadapan dan hujung lengan dan dipakai bersama-sama dengan rompi. Pakaian wanita semasa menunggang kuda pada akhir abad ke-18 dan ke-19.,2. Kemeja yang dipakai bersama-sama dengan pakaian berleher jeluk. Popular pada abad ke-19. |
tidal wind | angin pasang surut | Sains | Hidrometeorologi | Bayu silir yang berlaku ketika cuaca tenang di ceruk-ceruk yang pasang surutnya kuat; ia bertiup ke pantai bersama-sama air pasang dan bertiup ke laut bersama-sama air surut. |
habit shirt | kemeja habit | Kesenian | Tiada | 1. Kemeja linen berkolar kapuk, beropol bahagian hadapan dan hujung lengan dan dipakai bersama-sama dengan rompi. Pakaian wanita semasa menunggang kuda pada akhir abad ke-18 dan ke-19.,2. Kemeja yang dipakai bersama-sama dengan pakaian berleher jeluk. Popular pada abad ke-19. |
in concert | bersama-sama | Undang-undang | Tiada | Tiada |
collinear | kolinear | Matematik | Tiada | Terletak bersama-sama di atas satu garis lurus. |
business objective | objektif perniagaan | Pengurusan | Perancangan | Matlamat yang ingin dicapai oleh organisasi perniagaan dalam jangka masa tertentu. Objektif perniagaan lazimnya dinyatakan secara jelas dan boleh diukur dengan suatu penyataan yang boleh dikongsi bersama-sama oleh ahli organisasi. Objektif ini boleh ditentukan oleh pihak atasan mahupun diputuskan secara bersama-sama mengikut peringkat objektif yang ingin dicapai, dan perlu disokong dengan sumber dan infrastruktur yang diperlukan. Contoh objektif perniagaan yang baik perlu mengandungi ciri-ciri tertentu, iaitu khusus, boleh diukur, mampu dicapai, realistik dan mempunyai faktor masa. |
camis | kamis | Kesenian | Tiada | Blaus yang dipakai bersama-sama seluar longgar oleh wanita Islam di India. |