Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.se.kong.kol] | برسکوڠکول

Definisi : ber­komplot (ber-pakat, bersubahat) dlm sesuatu pergerakan jahat: Ali telah sungguh-sungguh ~ dgn bangsa asing; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
sekongkol
Kata Terbitan : bersekongkol, sekongkolan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
partners in crimerakan jenayahKriminologiKeadilan JenayahIndividu atau kumpulan yang bersekongkol untuk merancang atau melakukan jenayah.
bai‘ najashjual beli pakatPerniagaan IslamTiadaAkad jual beli yang dijalankan secara berpakat dan terdapat pihak yang teraniaya. Contohnya, dalam urusan lelongan, pihak pembeli boleh bersekongkol untuk memastikan harga jualan lebih rendah daripada harga pasaran. Kesannya, pemilik barang asal akan mengalami kerugian. Sekiranya dibuktikan wujud pakatan, maka jual beli tersebut adalah tidak sah. Lihat juga bai‘ batil.
abetmentsekongkolSains PolitikPolitik PerbandinganTindakan atau perbuatan individu, kelompok atau sesebuah organisasi membantu seseorang atau kelompok tertentu dalam persaingan kuasa politik di sesebuah negara. Tindakan ini bertujuan mencapai sesuatu matlamat bagi pihak yang memberi dan yang menerima bantuan itu. Contohnya, tindakan syarikat gergasi permotoran Amerika Syarikat iaitu Ford Motor bersekongkol dengan calon presiden republik Panama pada tahun 1952. Tindakan Syarikat Ford ini, telah berjaya membantu calon tersebut memenangi perebutan jawatan Presiden Panama. Sebagai balasannya, Syarikat Ford telah diberi hak pemilikan tanah perindustrian. Ini bertentangan dengan perlembagaan dan dasar sebelum tahun 1952 yang tidak membenarkan pemilikan tanah kepada warga asing. Sinonim persubahatan.

Kembali ke atas