Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.se.ku.tu] | برسکوتو

Definisi : 1. berkawan (utk melakukan se-suatu), bersahabat: Vietnam dan Malaysia ~ dlm perjuangan mengekalkan kebebasan dgn keperibadian sendiri; 2. bergabungan dgn (supaya lebih kuat, besar, dll), bersatu, ber­sepakat: mereka telah ~ dgn kabilah-kabilah Arab utk menyerang Madinah; negeri-negeri ~; 3. merupakan pergabungan (perhimpunan), berkelompok: gajah ialah binatang yg hidup ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.se.ku.tu] | برسکوتو

Definisi : 1 berkongsi utk melakukan sesuatu: Dua buah syarikat telah ~ membina hotel itu. 2 bersatu antara satu dgn yg lain supaya menjadi lebih kuat; bergabung: Amerika Syarikat, Inggeris dan Perancis te­lah ~ menentang Jerman. Negeri-Negeri Me­layu ~ negeri-negeri Melayu yg ber­se­kutu pd zaman pen­jajahan Ing­geris (Selangor, Perak, Negeri Sem­bilan, dan Pahang). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bersekutu


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
associated gasgas bersekutuGeologiTiadaGas asli yang bersekutu dengan minyak di dalam reservoir, sama ada sebagai gas bebas atau dalam bentuk larutan.
associate directorpengarah bersekutuKomunikasiTiadaOrang yang membantu pengarah dalam semua aspek pengarahan supaya pengarah filem dapat memberi tumpuan kepada tugas utamanya iaitu mengawal aspek-aspek kreatif sesuatu penerbitan. Antara tugas pengarah bersekutu ialah membuat pecahan skrip kepada bahagian-bahagian tertentu sebelum jadual penggambaran, menjalankan kerja-kerja pentadbiran bagi pihak pengarah dan kadangkala bertanggungjawab dalam unit penggambaran serta membantu petugas-petugas penerbitan.
matricmatrikGeologiTiada1. Bahan di antara fenokris batuan igneus porfir.,2. Batuan yang bersekutu dengan bijih tetapi tidak mempunyai kandungan mineral atau nilai, atau mineral yang tidak diperlukan yang bersekutu, dengan bijih.
D-DayD-DaySains PolitikHubungan AntarabangsaHari bersejarah bagi pendaratan tentera bersekutu, iaitu Britain dan Amerika Syarikat di pantai Normandy, utara Perancis semasa Perang Dunia Kedua. Peristiwa ini berlaku pada 6 Jun 1944. Armada Pasukan Bersekutu pimpinan Eisenhower berjaya menembusi pertahanan pasukan berikat pimpinan Jeneral Rommel dari Jerman.
lease condensatepeluwapan pajakanKejuruteraanPetroleumCecair gas asli diperoleh daripada gas yang dikeluarkan oleh telaga gas. Cecair ini diperoleh di pemisah pajak yang terdapat di medan gas yang berkenaan. Gas yang dikeluarkan oleh telaga gas tersebut boleh terdapat dalam bentuk gas bersekutu atau gas tidak bersekutu. Rujuk : pemisah pajak.
associativebersekutuFizikTiadaTiada
associatebersekutuFizikTiadaBerkaitan dengan penggabungan beberapa syarikat yang mempunyai kepentingan yang sama.
associatebersekutuMatematikTiadaBerkaitan dengan penggabungan beberapa syarikat yang mempunyai kepentingan yang sama.
associatebersekutuPendidikanTiadaBerkaitan dengan penggabungan beberapa syarikat yang mempunyai kepentingan yang sama.
associatebersekutu; madya: rakanPentadbiranTiadaBerkaitan dengan penggabungan beberapa syarikat yang mempunyai kepentingan yang sama.
12345678910...

Kembali ke atas