Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.se.li.sih] | برسليسيه

Definisi : 1. tidak sama (jumlah dll), berbeza: isi padu kedua-dua benda itu ~ 20 cm padu; 2. berlainan pendapat (fikiran dll), berbantah, bermusuh, tidak sesuai (antara satu dgn yg lain): siapa menyangka kedua-duanya akan ~ faham; mendamaikan orang-orang yg ~; ~ semat Mn salah faham; 3. bertemu di jalan dll (tetapi berlainan hala), berpapasan: sekali-sekala kereta kami ~ dgn kereta kenalan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.se.li.sih] | برسليسيه

Definisi : 1 tidak sama jumlahnya dll; berbeza; berlainan: Jumlahnya ~ 50 sen. 2 berlainan pendapat dll; tidak bermuafakat antara satu dgn yg lain: Mereka dpt bekerjasama dgn baik dan tidak pernah ~. 3 bertemu di jalan dlm keadaan bergerak tetapi menuju arah yg berlainan; berpapasan: Lorong itu dijadikan jalan sehala kerana sempit dan kenderaan tidak dpt ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
selisih (kata nama)
Bersinonim dengan beza, perbezaan, kelainan, jauhnya, jarak, kacek, selang, lat, tengkang, senggang, jauh, langkau;,
Kata Terbitan : berselisih, menyelisihkan;memperselisihkan, perselisihan,

Peribahasa

Bertelingkah bagai antan di lesung.

Bermaksud :

Berselisih faham di antara orang yang sama satu pekerjaan.

 

Lihat selanjutnya...(17)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
peignoirjubah senaiKesenianTiadaJaket longgar tanpa kancing, dipakai berselisih di hadapan bersama-sama skirt sebagai pakaian harian. Pakaian wanita dari akhir abad ke-18 hingga sekarang.
give way vesselkapal beri laluanPerikananTiadaKapal yang perlu memberikan laluan kepada kapal lain semasa berselisih, memotong atau memintas berdasarkan undang-undang pelayaran antarabangsa. Kapal ini perlu mematuhi peraturan yang ditetapkan untuk mengelakkan berlakunya perlanggaran.
right of way vesselkapal diberi laluanPerikananTiadaKapal yang diberikan laluan oleh kapal lain semasa berselisih, memotong atau memintas berdasarkan undang-undang pelayaran antarabangsa. Kapal ini perlu mematuhi peraturan yang ditetapkan untuk mengelakkan berlakunya perlanggaran. Kapal diberi laluan boleh menetapkan haluan dan kelajuannya.

Kembali ke atas