opposite | bersetentang | Botani | Tiada | Berkenaan dengan corak susunan daun pada batang dengan dua daun keluar daripada satu buku yang berada secara berpasangan dan bersetentangan antara satu sama lain. Corak susunan ini boleh terdiri daripada dekusat dan distik. Lihat juga dekusat, disitik. |
decussate | dekusat | Botani | Tiada | Berkenaan dengan susunan daun yang bersetentang dan bersudut tepat dengan pasangan daun yang satu lagi. |
distichous | distik | Botani | Tiada | Berkenaan dengan susunan daun yang bersetentang dan berselari pada satu satah. Contohnya, daun kopi. Bandingkan dekusat. |
rhyme | rima | Kesusasteraan | Tiada | Persamaan bunyi suku kata pada tempat yang bersetentang antara dua baris atau lebih dalam puisi. |
pararhyme | pararima | Kesusasteraan | Tiada | Persamaan bunyi suku kata pada tempat yang bersetentang antara dua baris atau lebih dalam puisi. |
phyllotaxy | filotaksi | Botani | Tiada | Corak susunan daun pada batang sama ada secara bersetentang, berselang-seli, berumpun atau berpilin. Corak ini penting untuk menentukan pengelasan sesuatu spesies tumbuhan. |
antelion | antelion | Matematik | Tiada | Halo yang tidak selalu kelihatan, yang berbentuk seperti tompok putih yang berkilauan bersetentang dengan matahari pada altitud yang sama di atas ufuk yang sama seperti matahari. |
countersun | antelion | Matematik | Tiada | Halo yang tidak selalu kelihatan yang berbentuk seperti tompok putih yang berkilauan bersetentang dengan matahari pada altitud yang sama di atas ufuk yang sama seperti matahari. Sinonim: antelion. |
Mohs' circle of stress | bulatan tegasan Moh | Pertanian | Tiada | Graf yang mewakili komponen-komponen tegasan yang bertindak bersetentang dengan berbagai-bagai satah dan dilukis merujuk kepada paksi-paksi tegasan normal dan tegasan ricih. |
opposite leaf test | ujian daun setentang | Biologi | Patologi | Kaedah asai belur setempat yang menggunakan dua helaian daun yang berkedudukan bersetentang antara satu dengan yang lain. Satu daripada helaian tersebut diinokulasi manakala yang satu lagi diinokulasi dengan air steril sebagai pembanding. bdg. ujian daun setengah. |