scattered graph | graf selerak | Teknologi Maklumat | Tiada | Graf yang titik koordinatnya bertaburan pada graf untuk membandingkan pasangan-pasangan nilai. Pasangan titik ini boleh dihubungkan untuk membentuk graf garis licin ataupun graf zig zag (data dihubungkan titik ke titik). Contohnya a) graf titik bertaburan b) graf titik bersambung |
scattered graph | graf selerak | Teknologi Maklumat | Tiada | Graf yang titik koordinatnya bertaburan pada graf untuk membandingkan pasangan-pasangan nilai. Pasangan titik ini boleh dihubungkan untuk membentuk graf garis licin ataupun graf zig zag (data dihubungkan titik ke titik). Contohnya a) graf titik bertaburan b) graf titik bersambung |
diffuse (scattered) | serak | Perubatan | Tiada | Keadaan sesuatu yang berselerak atau bertaburan. |
shingles | kayap | AIDS | Tiada | Penyakit kulit bercirikan lecur dan sakit serta bertaburan sejajar pda sebelah tubuh. Penyakit ini disebabkan oleh virus varisela zoster yang timbul semula selepas penyakit cacar air dan sering berulang serta menjadi lebih teruk pada pesakit terimunokompr |
holdover canker | cerana lekap | Biologi | Patologi | Cerana tidak menonjol yang terdapat bertaburan atau nampak seperti berpindah-pindah pada tumbuhan yang sama, dan bilangannya banyak. Contohnya ialah cerana yang disebabkan oleh bakteria Erwinia sp. dan Pseudomonas sp. Gejala ini jarang berlaku di kawasan tropika kerana ia dilakukan oleh patogen yang boleh bertahan dalam musim sejuk, dan menjangkiti tisu sihat pada musim bunga. Di tropika, jangkitan cerana berlaku secara terus menerus. bd. cerana saka. |
process generator | penjana proses | Pentadbiran | Tiada | Fungsi yang menukarkan nombor rawak yang bertaburan seragam kepada nombor rawak yang tidak seragam. |
alu family | famili Alu | Biologi | Genetik | Satu set jujukan DNA berkaitan yang bertaburan dalam genom manusia dan mengandungi tapak pengenalan bagi enzim pembatasan Alu. |
pitch canker | cerana alur | Biologi | Patologi | Cerana yang berbentuk alur kecil dan bertaburan. Contohnya ialah cerana pada pokok pain yang disebabkan oleh kulat Gibberella fujikuroi. |
homogenous reactor | reaktor homogen | Fizik | Atom dan Nuklear | Reaktor nuklear yang moderatornya diletak bertaburan di antara bahan api. Kedudukan antara moderator dan bahan api yang berdekatan ini menyebabkan moderator beroperasi pada suhu yang tinggi menyamai suhu bahan api. Moderator yang sesuai digunakan pada suhu tinggi ini ialah karbon grafit. |
random process generator | penjana proses rawak | Pentadbiran | Tiada | Fungsi yang menukarkan nombor rawak yang bertaburan seragam kepada nombor rawak yang tidak seragam. |