Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ta.han] | برتاهن

Definisi : 1. tidak berganjak (dr tempat atau kedudukannya), tidak undur: mereka ~ hingga musuh berundur kembali; 2. = ~ diri mem­pertahankan diri (drpd serangan, ancaman): Folley kelihatan melepaskan tumbukan-tumbukan ringan yg tidak memberi kesan manakala Muhammad Ali ~; 3. tidak mahu mengalah, berteguh hati, berkeras hati: penjudi yg sedang malang nasibnya, kalah dlm perjudian, namun dia ~; Makhdum pun terlalu marah mendengar kata Seri Rama itu, lalu pulang, berapa ditahani oleh Benda­hara, tiada mahu Makhdum ~; 4. mencukupi (utk beberapa lamanya): kalau kita berhemat, akan ~ juga; 5. sl tersekat, terhambat: barang siapa dapat memanah pohon lontar yg hamba tanam empat puluh itu terus tiada ~ maka hamba berikan Sita Dewi ini; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ta.han] | برتاهن

Definisi : 1 tidak berganjak dr tempatnya; tidak berundur: Sekarang tentera Parsi ~ di dlm kubunya saja, tidak mahu keluar. 2 = ~ diri menjaga diri drpd serangan musuh. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tahan (adjektif)
1. Bersinonim dengan kukuh: kuat, teguh, tegap, stabil,

2. Bersinonim dengan tabah: cekal, sabar, betah, kental, ulet,

3. Bersinonim dengan cukup: pada, sampai, genap,

Kata Terbitan : bertahan, menahan, mempertahankan, tertahan, tertahan-tahan, tahanan, ketahanan, pertahanan, penahanan, penahan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
defensive strategystrategi bertahanPengurusanPerancanganPendekatan yang dipilih oleh pengurusan atasan sebagai tindak balas untuk melindungi kedudukan perniagaan berikutan tindakan atau ancaman pesaing. Strategi bertahan boleh dilakukan dengan cara menghalang langkah-langkah pihak lawan atau menyerang balas tindakan pesaing. Contohnya, strategi bertahan yang dilakukan oleh syarikat X berikutan promosi agresif oleh syarikat pesaing Y atau sebaliknya.
passive defencebertahan pasifSukanTiadaKeadaan petinju yang hanya bertahan secara berterusan dan tidak berusaha membalas tumbukan pihak lawan.
defending teampasukan bertahanSukanTiadaPasukan yang tidak mengawal bola dan sedang bertahan.
defensive boxingtinju bertahanSukanTiadaGaya atau cara bertinju yang hanya menekankan ciri bertahan.
touch downletak sendiriSukanTiadaPerbuatan pemain pasukan bertahan yang mematikan bola dalam kawasan gol sendiri. Permainan dimulakan sama ada dengan skrum lima 5. m jika pemain pasukan bertahan membawa bola masuk ke kawasan gol, atau lantun keluar di garisan 22 m jika bola dibawa masuk oleh pemain pasukan penyerang.
five-meter scrumm)SukanTiadaSkrum yang dilakukan pada jarak 5 m dari garis gol pasukan bertahan kerana kesilapan yang dilakukan oleh pemain pasukan bertahan dalam kawasan gol sendiri.
passive defencebertahan pasifPendidikanTiadaTiada
defenderpihak bertahan (Bola Sepak)PendidikanTiadaTiada
passive defencebertahan pasifSukanTiadaTiada
defenderpihak bertahan (Bola Sepak)SukanTiadaTiada
12345678910...

Kembali ke atas