Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ta.hun] | برتاهون

Definisi : bertanam padi, bersawah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ta.hun] | برتاهون

Definisi : sudah ~ sudah beberapa tahun yg lalu: sudah lama Leman merantau, sudah ~ hari yg habis; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bertahun

Puisi
 

Hujan turun di rimba belukar,
     Anak itik dikepung nyonya;
Bertahun-tahun gunung terbakar,
     Embun setitik jadi pemadamnya.


Lihat selanjutnya...(8)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
perennialsakaHerbaBotani dan BioteknologiTumbuhan yang hidup bertahun-tahun lamanya. Contohnya, legundi (Vitex negundo), mambu (Azadirachta indica) dan kantan (Etlingera elatior).
durable goodsbarang tahan lamaSosiologiTiadaBarangan pengguna atau pengeluar yang kegunaannya tahan bertahun-tahun dan biasanya tidak rosak selepas sekali penggunaan.
incubation periodtempoh pengeramanAIDSTiadaJangka masa kemasukkan patogen ke dalam perumah sehingga timbulnya gejala penyakit. Tempoh ini boleh berlaku dari beberapa jam sehingga bertahun-tahun lamanya. Bagi jangkitan HIV, tempohnya ialah lebih kurang enam minggu.
fermented fishikan pekasamPerikananTiadaIkan kecil dan sederhana besar yang biasanya mempunyai kurang nilai komersial, yang dijeruk dengan garam dan diperam selama beberapa minggu kadangkala sehingga bertahun-tahun. Proses penggaraman membantu menghasilkan populasi bakteria baik dan menghapuskan mikroorganisma yang menyebabkan ikan menjadi busuk. Ikan pekasam biasanya diperbuat daripada ikan yang mempunyai banyak tulang dan setelah dijeruk, tulang-tulang kecil akan menjadi rapuh, lembut dan boleh dimakan. Ikan pekasam perlu dimasak terlebih dahulu sebelum dimakan.
ageing of concretepenuaan konkritKejuruteraanKejuruteraan BangunanProses pengerasan konkrit yang berlaku di dalam jangka masa yang panjang. Tindak balas kimia di antara simen dan air akan berlarutan bertahun-tahun lamanya yang mengakibatkan konkrit terus mencapai kekuatan.
viableboleh hidupBiologiEkologiBerkaitan dengan kebolehcambahan bij benih, dan spora. Ada biji benih yang boleh hidup selama beberapa hari, seperti meranti, Shorea spp., berminggu-minggu seperti petai, Parkia speciosa, atau bertahun-tahun seperti sawi, Brassica chinensis.

Kembali ke atas